ARTIS GLAMER
Majalah Hiburan Online Terhangat Masa Kini. Berita Terkini & Sensasi Industri Seni Serantau. Lebih 100,000 Hits Setiap Bulan.
By: Artis Glamer

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  4  5  6  7  8  9  10  [11]  12  13  14  15  16  17  18  >  >>]    [Archive]
Friday, 4-Jan-2008 14:03 Email | Share | | Bookmark
PERKAHWINAN ARASH DAN AFIDAHWATI

 
 
 
View all 10 photos...
PERKAHWINAN ARASH DAN AFIDAHWATI
Contributed by Naz @ Sepang


Dramatis popular, Arash Mohd, 38 tahun mengakhiri zaman bujangnya dengan Noor Afidahwati
Mohamad
, 28tahun, pada 25 Disember lalu. Mereka telah selamat dinikahkan di Taman Jasa,
Kuala Kangsar, Perak.


Arash menyerahkan mas kahwin sebanyak RM101 serta wang hantaran sebanyak RM8,888.88 kepada
Afidahwati. Selain itu, pihak pengantin lelaki turut membawa 7 dulang hantaran dan dibalas
dengan 9 dulang hantaran oleh pihak perempuan.


Menurut Arash, dia mula mengenali Afidahwati sejak 5 tahun dulu namun mula rapat sejak
setahun lalu. Setelah hilang dan berjumpa kembali, mereka akhirnya mengikat tali pertunangan
pada 28 Julai lalu. Dia juga gembira kerana kini mempunyai teman untuk berkongsi susah dan senang.

Advertorial

Click here to Join Artis Glamer Fan Club!!


Thursday, 3-Jan-2008 14:07 Email | Share | | Bookmark
LAWAK GLAMER

 
 
 
LAWAK GLAMER
Contributed by Giggs @ Gombak







Advertorial

e-mail myfotopages@gmail.com to contribute articles or to advertise


Wednesday, 2-Jan-2008 14:00 Email | Share | | Bookmark
QUE HAIDAR & SHARIFAH AMANI, TEMAN TAPI MESRA 2008?

 
 
 
View all 6 photos...
QUE HAIDAR & AMANI, TEMAN TAPI MESRA 2008?
Contributed by Giggs @ Gombak



Que Haidar dan Sharifah Amani merupakan pasangan yang hangat diperkatakan sejak kebelakangan
ini. Kedua-duanya tampak sepadan kalau bersama. Apatah lagi apabila mereka muncul
berpasangan di majlis seperti Rafflesia dan Anugerah SKRIN.


Keintiman Que dan Amani mula menjadi perhatian para wartawan apabila mereka digandingkan
dalam filem Selamat Pagi Cinta. Selain itu, Que menjelaskan bahawa mereka memang berkawan
rapat. Malah, dia turut menambah bahawa dia memang nak bercinta tapi terpulang kepada Amani.

Advertorial

Click here to Join Artis Glamer Fan Club!! / Read & See More Photos... Click Here!


Tuesday, 1-Jan-2008 13:34 Email | Share | | Bookmark
PERKAHWINAN ZUL YAHYA & RAIHAN

 
 
 
View all 12 photos...
PERKAHWINAN ZUL YAHYA & RAIHAN
Contributed by Nashua @ Shah Alam


Setelah 15 tahun keseorangan, pelakon popular, Zul Yahya mengakhiri zaman dudanya apabila
mengahwini Raihan pada 24 Disember 2007. Zul, 37 tahun mula mengenali Raihan, 23 tahun
semasa program Suzana @ 60 di Istana Budaya kira-kira setahun lalu.


Mereka diijabkabulkan di Masjid Al-Irsyad, Pokok Sena, Kedah. Pada majlis tersebut,
pengantin lelaki telah menyerahkan wang hantaran sebanyak RM11,111,11 berserta mas kahwin
sebanyak RM2,020.00. Raihan turut menerima sebentuk gelang emas putih.


Pelakon yang popular dengan siri Kabir Zero Kabir Hero ini berharap perkahwinan ini akan
memberi kebahagiaan kepadanya. Zul juga tidak akan menghalang Raihan untuk terus aktif
sebagai penari Istana Budaya sebagaimana isterinya memahami kerjayanya sebagai pelakon.


Pasangan ini akan berbulan madu di Pulau Langkawi pada bulan Januari dan seterusnya akan
mengerjakan umrah. Zul yang pernah kecewa dalam perkahwinan pertamanya kira-kira 15 tahun
lalu berharap peminat dapat mendoakan kebahagiaan untuk mereka untuk selamanya.

Advertorial

Click here to Join Artis Glamer Fan Club!! / Read & See More Photos... Click Here!


Monday, 31-Dec-2007 13:28 Email | Share | | Bookmark
VANIDA & RASHIDI JUARA SEHATI BERDANSA

 
VANIDA & RASHIDI JUARA SEHATI BERDANSA
Contributed by Naz @ Sepang

Pasangan suami isteri, Vanida Imran dan Rashidi Ishak akhirnya menepati ramalan ramai
apabila muncul juara Sehati Berdansa. Peringkat akhir yang berlangsung di Putra Jaya
Convention Centre itu menyaksikan pasangan ini mengenepikan pasangan Ngasriah Ngasri dan
Abdul Wafi.

Pada peringkat akhir, Vanida dan Rashidi mempersembahkan berentak joget dan samba. Sebagai
juara, mereka membawa pulang sebuah kereta BMW Mini One, pakej bulan madu ke Paris dan
trofi. Selain itu, hasil dari kutipan undian SMS kepada mereka yang berjumlah RM15,000 turut
didermakan kepada Persatuan Kebangsaan Kanser Malaysia. Namun, tiada sebarang maklumat
mengenai hadiah disampaikan kepada naib juara program tersebut.

Advertorial

Advertise with Artis Glamer?Click Here! / Click here to Join Artis Glamer Fan Club!!


[<<  <  4  5  6  7  8  9  10  [11]  12  13  14  15  16  17  18  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net