ARTIS GLAMER
Majalah Hiburan Online Terhangat Masa Kini. Berita Terkini & Sensasi Industri Seni Serantau. Lebih 100,000 Hits Setiap Bulan.
By: Artis Glamer

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  5  6  7  8  9  10  11  [12]  13  14  15  16  17  18  19  >  >>]    [Archive]
Sunday, 30-Dec-2007 17:35 Email | Share | | Bookmark
MAWI SAMBUT AIDILADHA SECARA SEDERHANA

 
 
 
View all 4 photos...
MAWI SAMBUT AIDILADHA SECARA SEDERHANA
Contributed By Giggs @ Gombak


Bagi juara Akademi Fantasia musim ketiga (AF3), Mawi, sambutan Aidil Adha kali ini disambut
secara sederhana kerana pada masa yang sama, dia sibuk memenuhi undangan mengadakan
persembahan.


Menurut penyanyi yang popular dengan lagu Angan dan Sedar itu, dia berkesempatan pulang
berhari raya di kampung halaman di Felda Taib Andak, Kulai, Johor selain berpeluang
menziarahi saudara mara di sana.


Walaupun tidak pernah terlepas mengerjakan ibadat korban pada tahun-tahun lalu, Mawi tidak
melakukan ibadah tersebut tahun ini . Dia mengambil kesempatan untuk berehat dan bertemu
sanak-saudara pada Aidiladha kali ini. Walaupun hanya sehari bercuti, Mawi lega kerana dapat
pulang berhari raya serta mengubat kerinduan pada keluarga dan kampung halaman.

Advertorial

Click here to Join Artis Glamer Fan Club!!


Saturday, 29-Dec-2007 17:29 Email | Share | | Bookmark
ARTIS GLAMER RAKAM TRIBUTE TO ALLEYCATS

 
 
 
View all 6 photos...
ARTIS GLAMER HARGAI ALLEYCATS
By AG



Walau apapun pendapat orang terhadap Alleycats, kumpulan ini terus diterima peminat sekali
pun tanpa Loga. Alleycats merupakan kumpulan muzik bukan melayu yang paling banyak
merakamkan lagu melayu yang meledak dipasaran.


Baru-baru ini, seramai 11 artis popular telah menyumbangkan suara untuk dimuatkan dalam
album kompilasi Hingga Akhir Nanti... Sebuah Tribute Untuk Alleycats. Album ini mengandungi
16 buah lagu popular Alleycats yang dinyanyikan semula oleh artis lain.


Antara artis yang menyumbangkan suara ialah Awie, Khafi, Jamal Abdillah, Def-Gab-C, Hattan,
M.Nasir, Ezad Exist dan Saleem. David Arumugam sendiri turut menyanyikan lagu Suara Kekasih
untuk album ini bersama Saleem dan Ezad Exist.

Advertorial

e-mail myfotopages@gmail.com to contribute articles or to advertise


Thursday, 27-Dec-2007 17:19 Email | Share | | Bookmark
KELUARGA - AC, AMY, MELISSA SAILA, ZARINA ZAINUDIN & AMANI

 
 
 
View all 8 photos...
GAMBAR KELUARGA ARTIS GLAMER
Contributed by Fariz @ Jalan Gasing, PJ.


AC MIZAL


AMY SEARCH


MELISSA SAILA


ZARINA ZAINUDIN


SYARIFAH AMANI

Advertorial

Click here to Join Artis Glamer Fan Club!! / Read & See More Photos... Click Here!


Wednesday, 26-Dec-2007 16:49 Email | Share | | Bookmark
ANUGERAH ARTIS GLAMER 2007

 
ANUGERAH ARTIS GLAMER 2007
By AG & Giggs

PERKAHWINAN PALING GLAMER 2007

ERRA FAZIRA & ENGKU EMRAN
Walaupun tidak menetapkan jumlah hantaran tinggi serta hanya meminta senaskah Al-Quran,
perkahwinan primadona filem melayu ini tetap menjadi pilihan kerana daya tarikan yang luar
biasa. Biarpun marancang majlis yang sekadar sederhana, perkahwinan ini tetap paling glamer.
Calon Lain: Lisdawati-Fauzi, Shasha-Salyo & Ina-Suhaimi.

PERTUNANGAN PALING GLAMER 2007

NING BAIZURA & OMAR SHARIFF
Penantian jutaan peminat untuk melihat Ning Baizura berumahtangga membuatkan majlis
pertunangan ini adalah yang paling glamer. Walaupun diumumkan kurang seminggu dari tarikh
sebenar, publisiti yang diberikan media amat luar biasa dan menjadi topik hangat seluruh
negara. Tunangan Ning ialah seorang lelaki Inggeris.
Calon Lain: Erra-Engku Emran, Zul Yahya-Tunang.

PENCERAIAN PALING GLAMER 2007

FAUZIAH LATIFF & JOHAN ENDOT
Penyanyi kesayangan ramai ini mengejutkan ramai peminat apabila mengumumkan penceraiannya.
Setelah berumahtangga selama 10 tahun dan mempunyai 2 cahaya mata, kedua-duanya mengambil
keputusan untuk memilih haluan berasingan. Walaupun bercerai, hubungan mereka dilihat masih
akrab demi anak-anak.
Calon Lain: Aziz-Vee, Paula Malai Ali.

PERPISAHAN PALING GLAMER 2007

ERRA FAZIRA & HANS ISAAC
Walaupun hubungan mereka pernah menjadi sebuah rahsia, namun perpisahan mereka umpama gempar
bumi terhebat. Percintaan yang berputik di lokasi penggambaran filem menjadi teka-teki pihak
media dan peminat kerana kedua-duanya sering menafikan hubungan mereka. Akhirnya, hubungan
ini terputus kerana hadirnya orang ketiga.
Calon Lain: Irma-Farid.

FESYEN PALING GLAMER 2007

SITI NURHALIZA
Bukanlah kerana daya kreatif seorang pereka fesyen yang menyebabkan pakaian yang dipakai
menjadi pilihan. Tetapi, orang yang menyarungkan hasil rekaannya telah membawa ciptaannya
menjadi isu fesyen paling hangat tahun ini. Jutaan peminat terkejut dengan rekaan luar biasa
yang digayakan di majlis pelancaran albumnya.
Calon Lain: Ella at AE07

SKANDAL PALING GLAMER 2007

KLIP VIDEO ELLA
Dunia hiburan tanahair digegarkan dengan sebuah klip video lucah yang tersebar. Ramai yang
mengaitkan klip video tersebut dengan Ratu Rock negara. Namun, ianya dinafikan dan
menyerahkan kepada pihak polis untuk menyiasat.
Calon Lain: Intan Ladyana-Kevin Zahari.

PASANGAN PALING GLAMER 2007

ASHRAF SINCLAIR & BUNGA CITRA LESTARI
Pada mulanya, mereka hanya mengakui hubungan mereka sekadar teman tapi mesra. Namun setelah
gambar pasangan kekasih ini berkucupan di pantai Bali tersebar meluas di internet, tiada
lagi rahsia antara kita. Kedua-duanya membuat pengakuan mengenai hubungan intim mereka dan
menjadi salah satu cerita paling sensasi 2007.
Calon Lain: Linda-Fahrin.

PERSELISIHAN PALING GLAMER 2007

NASH & SOSILAWATI
Perkahwinan mereka dianggap sebagai penyatuan ideal kerana keduanya pernah kecewa dalam
rumahtangga terdahulu. Kekecewaan dahulu sepatutnya menjadi panduan untuk hidup yang lebih
sempurna dan bahagia. Namun, hanya beberapa bulan melayari bahtera yang baru, ombak besar
tiba-tiba melanda. Rumahtangga mereka bergelora dan amat memeranjatkan peminat seluruh negara.

AKSI PALING GLAMER 2007

BABAK CIUM DEANNA YUSOF
Walaupun sekadar untuk tontonan umum di Singapura, aksi pelakon ini dalam satu adegan cium
menjadi bualan hangat di Malaysia. Klip yang dipetik dari sebuah drama terbitan TV Singapura
ini tersebar luas termasuk di You Tube. Walaupun tiada komen balas dari artis ini, babak ini
mengundang pelbagai reaksi dari seluruh negara.
Calon Lain: Ashraf-Bunga

KANTOI PALING GLAMER 2007

AKO MUSTAPHA DITANGKAP BASAH
Kes tangkap basah ini merupakan satu lagi kejutan besar buat peminat drama TV. Pelakon macho
yang sangat diminati ini telah diserbu oleh Jabatan Agama Islam Selangor di sebuah
kondominium di Hulu Kelang. Semasa diserbu, beliau didapati berada di dalam sebuah bilik di
kediaman itu dengan seorang wanita.
Calon Lain: Mazidul Akmal Sidek

Advertorial

Click here to Join Artis Glamer Fan Club!! / Read & See More Photos... Click Here!


Saturday, 22-Dec-2007 15:47 Email | Share | | Bookmark
MAYA KARIN BELUM SEDIA UNTUK BERKAHWIN

 
 
 
MAYA BELUM SEDIA UNTUK BERKAHWIN
Contributed by Nory @ Puchong




Advertorial

Advertise with Artis Glamer?Click Here! / Click here to Join Artis Glamer Fan Club!!


[<<  <  5  6  7  8  9  10  11  [12]  13  14  15  16  17  18  19  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net