ARTIS GLAMER
Majalah Hiburan Online Terhangat Masa Kini. Berita Terkini & Sensasi Industri Seni Serantau. Lebih 100,000 Hits Setiap Bulan.
By: Artis Glamer

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  6  7  8  9  10  11  12  [13]  14  15  16  17  18  19  20  >  >>]    [Archive]
Tuesday, 18-Dec-2007 15:28 Email | Share | | Bookmark
ROSLAN AZIZ JUGA IKON MALAYSIA?

 
 
 
View all 14 photos...
ROSLAN AZIZ JUGA IKON MALAYSIA?
Contributed By Naz @ Sepang


Bermula sebagai seorang ahli muzik, Roslan Aziz merupakan tokoh yang mengembangkan karier
artis berkaliber yang sukar ditandingi seperti Afdlin Shauki, Sheila Majid, Zainal Abidin,
Amir Yusoff, Zubir Ali dan Atilia. Penubuhan Roslan Aziz Production (RAP), berjaya membawa
industri muzik tempatan bukan sahaja menggegarkan persada muzik serantau, malah di arena
seni hiburan di Jepun, Eropah dan Amerika Selatan.


Walau hanya 15 album dalam 15 tahun, namun kejayaan yang dicapai RAP tetap hebat. Roslan
Aziz lebih mengutamakan kualiti berbanding kuantiti untuk setiap terbitannya. Hasil-hasilnya
yang berbunyi unik dan diasah dengan sempurna membolehkannya memperoleh pengiktirafan dan
penghargaan dari dalam dan luar negara.


Antara anugerah yang pernah dimenangi oleh Roslan Aziz ialah:
-Album Terbaik untuk album Gamal di AIM (1995)
-Album Terbaik untuk album Emosi di Anugerah BASF di Indonesia (1987)
-Most Promising Producer pada 'Music Producers Awards' di Amerika Syarikat (2002).


Roslan Aziz merupakan pengarah konsert bersejarah Datin Seri Siti Nurhaliza di Royal Albert
Hall, London pada 1 April 2005. Selepas itu beliau menjadi pengarah muzik Puteri Gunung
Ledang The Musical pada Februari 2006. Roslan Aziz juga pernah menyandang tugas sebagai
pengkritik tetap Malaysian Idol dan kemudian dilantik sebagai pengetua bagi Akademi Fantasia
Musim ke-5.


Tidak cukup dengan itu, Roslan turut membantu Ramli MS, Jenny Chin dan Mac Chew untuk
menjayakan Ikon Malaysia. Kini, setelah menempa pelbagai kejayaan dalam bidang seni, beliau
melangkah ke dunia lakonan pula apabila memegang watak Datuk Ross dalam drama bersiri Kerana
Karina. Wa Caya Roslan Aziz!

Advertorial

Click here to Join Artis Glamer Fan Club!!


Sunday, 16-Dec-2007 15:18 Email | Share | | Bookmark
MUSIM ARTIS KE TANAH SUCI

 
 
 
View all 8 photos...
MUSIM ARTIS KE TANAH SUCI
By AG


Pelawak Wahid Senario, pelakon Sheila Rusly, Fauziah Nawi, Sidi Oraza dan Siti Nurhaliza
merupakan antara barisan artis yang ke tanah suci sempena musim haji tahun ini. Wahid
berangkat ke Mekah pada 21 November lalu sementara Sheila dan suaminya, Jinggo, pula
berlepas pada 9 Disember.


Sejak Wahid pulang daripada menunaikan umrah tahun lalu, hatinya sudah terbuka untuk
menunaikan ibadat haji pula. Bagaimanapun, Wahid meminta selepas pulang dari tanah suci
nanti, beliau tidak mahu peminat dan orang ramai meletakkan harapan yang tinggi terhadapnya.


Sebelum berlepas ke tanah suci, Siti Nurhaliza pula mengambil kesempatan memohon ampun dan
maaf kepada setiap seorang yang mengenalinya. Siti berharap semasa `kepergian' sementaranya
nanti, para peminat dapat mendoakannya menjalankan ibadah dengan tenang dan lancar serta
selamat pergi dan kembali.

Advertorial

e-mail myfotopages@gmail.com to contribute articles or to advertise


Friday, 14-Dec-2007 15:00 Email | Share | | Bookmark
KONSERT MALAM 1001 GEMILANG - MAWI, JAMAL ABDILLAH & M.NASIR

 
 
 
View all 24 photos...
KONSERT MALAM 1001 GEMILANG
Contributed by Firdaus @ Ampang


"Malam 1001 Gemilang" yang menampilkan M.Nasir, Mawi dan Jamal Abdillah bakal diadakan pada
16 Disember ini jam 8 hingga 10.30 malam di KLCC.


Konsert yang diadakan selama dua jam setengah itu diiringi oleh pemuzik-pemuzik profesional
dan orkestra yang diketuai oleh Edrie Hashim. sebanyak lapan buah alat muzik orkestra, tujuh
buah alat muzik kontemporari dan empat buah percussion akan digunakan.


Sebanyak 15 buah lagu nostalgia dan popular seperti Ghazal Untuk Rabiah (Jamal dan M.Nasir),
Lagu Jiwa Lagu Cinta (Mawi dan M.Nasir), Gadis Melayu (Jamal dan Mawi), Keroncong Untuk Ana
(M.Nasir), Aduh Saliha (Mawi), Kekasih Awal dan Akhir (Jamal Abdillah) dan Raikan Cinta
(M.Nasir). Lagu Kepadamu Kekasih dan Mentera Semerah Padi akan dinyanyikan secara bertiga.


Pakej penjualan meja adalah satu meja untuk 10 orang berharga RM10,000 (emas), RM5,000
(perak) dan RM3,000 (gangsa) manakala satu kerusi untuk pakej individu berharga RM300.
Apabila melihat harga yang ditawarkan mungkin ada yang terkejut tetapi penganjur memang
mengsasarkan makan malam ini kepada golongan korporat, VVIP dan orang perseorangan yang
berkemampuan dan berminat untuk menyaksikan tiga orang penyanyi popular ini.


Konsert di Malaysia kini dibanjiri oleh pemuzik dari luar negara. Pemilihan Mawi, M.Nasir
dan Jamal Abdillah mampu membuat konsert yang hebat dan berkualiti. Kemuncak majlis itu
adalah acara pemberian cek sumbangan kepada Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Malaysia
(PEYATIM) dan Yayasan Bakti Khidmat Masyarakat Malaysia (YBKKM).

Advertorial

Click here to Join Artis Glamer Fan Club!! / Read & See More Photos... Click Here!


Thursday, 13-Dec-2007 15:09 Email | Share | | Bookmark
HAPPY BIRTHDAY PUTERI SARAH LIYANA (ADUH SALIHA)...

 
 
 
View all 13 photos...
HAPPY BIRTHDAY PUTERI SARAH LIYANA (ADUH SALIHA)...
Contributed by Faradilla @ Jalan Gasing, PJ.


Baru-baru ini mailbox Artis Glamer telah menerima beberapa gambar menarik yang dirakam
ketika majlis hari jadi heroin Aduh Saliha iaitu Puteri Sarah Liyana.


Menurut penghantar, majlis telah diadakan di The Loft, Kuala Lumpur pada Sabtu, 1 Disember
lalu. Walau bagaimanapun ulang tahun keberapa, tidak pula dimaklumkan kepada Artis Glamer.



Ramai juga rakan artis yang hadir pada majlis tersebut. Antaranya ialah Nora Danish, Cico
dan Reshmonu. Apapun, Artis Glamer ucapkan Happy Birthday Puteri Sarah Liyana!

Advertorial

Click here to Join Artis Glamer Fan Club!! / Read & See More Photos... Click Here!


Wednesday, 12-Dec-2007 14:29 Email | Share | | Bookmark
NORYN AZIZ KETEPI FITNAH, FOKUS KARIER

 
 
 
View all 8 photos...
NORYN AZIZ KETEPI FITNAH, FOKUS KARIER
By Sham @ Bayu Tasik


Selama empat tahun Norazmahwati Abdul Aziz atau Noryn, 31 tahun, bersendirian
mencari arah untuk mengembalikan semula ingatan peminat terhadapnya. Akhirnya
muncullah album Alam Maya yang cuba membawa semula irama Jazz ke hati pendengar
tempatan. Namun, dalam langkah kembali ke dunia glamour, ada pula pihak yang cuba
menabur pasir ke dalam periuk nasi penyanyi ini. Noryn nyata kesal apabila ada
pihak yang membuat fitnah tentang dirinya menjalin hubungan sulit dengan VVIP.


Noryn lebih rela sekiranya kisah dirinya yang menjadi perbualan itu berkaitan album
atau pun kerjayanya. Fokusnya tahun ini lebih kepada karier yang bermula dengan
siapakah Noryn Aziz. Setelah sekian lama menyepi, Noryn kini berusaha keras
mempromosikan namanya ke dalam dunia seni. Hanya itu yang diinginkan dan dia belum
terfikir untuk menamatkan zaman solo yang telah dilalui sejak 8 tahun dulu.


Penyanyi yang berasal dari sekolah yang sama dengan Anuar Zain ini, kini sedang
memberi tumpuan terhadap pembikinan album kedua. Album ini dijangka lebih menarik
dengan kompilasi elemen jazz, R&B, pop dan funk. Kelainan yang cuba ditampilkan
kali ini adalah kerana genre Jazz sahaja tidak mampu menambat hati pendengar
tempatan malah stesen radio pun jarang memutarkan lagu-lagunya. Album ini dijangka
ke pasaran tahun depan.


Dalam pada itu, ketika mengadakan persembahan di The Zouk Jalan Ampang baru-baru
ini, ramai pengunjung remaja begitu teruja dengan persembahan Noryn. Walaupun
jarang diperdengarkan irama Jazz, mereka begitu seronok dan menyanyi bersama-sama.
Persembahan yang bersempena dengan Festival Live & Loud KL 2007, menyaksikan Noryn
berjaya menambat hati pengunjung dengan lagu-lagu seperti Make It On My Own,
L.O.V.E, Cerita Cinta dan I'm Alright.

Advertorial

Advertise with Artis Glamer?Click Here! / Click here to Join Artis Glamer Fan Club!!


[<<  <  6  7  8  9  10  11  12  [13]  14  15  16  17  18  19  20  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net