ARTIS GLAMER
Majalah Hiburan Online Terhangat Masa Kini. Berita Terkini & Sensasi Industri Seni Serantau. Lebih 100,000 Hits Setiap Bulan.
By: Artis Glamer

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  7  8  9  10  11  12  13  [14]  15  16  17  18  19  20  21  >  >>]    [Archive]
Wednesday, 12-Dec-2007 14:10 Email | Share | | Bookmark
ELLA TABAH HARUNGI PELBAGAI DUGAAN

 
 
 
View all 11 photos...
ELLA TABAH HARUNGI PELBAGAI DUGAAN
By Giggs @ Gombak


Wanita mana yang tidak mahu merasai nikmat berumah tangga dan mempunyai zuriat
sendiri. Begitu juga dengan Ratu Rock Malaysia, Nor Zila Aminuddin, 41, atau Ella
apabila ditanya tantang soal kahwin. Dia mengakui, selepas beberapa kali menjalin
hubungan cinta dia masih belum menemui jodoh yang sesuai. Apakan daya Ella, dia
tetap berusaha namun jodoh, ajal dan maut itu semuanya di tangan Tuhan.


Baginya, peluang mengadakan persembahan sedikit sebanyak mengubat kekecewaannya.
Dia tetap sibuk sekali walaupun tidak banyak publisiti diberikan kepadanya
akhir-akhir ini. Antara projek baru yang dijayakannya ialah 'Konsert Jelajah
Malaysia Dewa 19' di Stadium Likas Kota Kinabalu, Sabah pada 15 Disember. Ella
tetap gembira menjadi sebahagian dari konsert tersebut kerana beliau sangat
mengagumi kumpulan rock dari Indonesia itu.


Ella juga dilaporkan baru pulang dari Jakarta, Indonesia, bagi menyelesaikan
rakaman lagu duet bersama Ruth Sahanaya. Lagu duet ini adalah hasil ciptaan
komposer tempatan serta menampilkan gitaris terkenal, Man Kidal. Ella juga sebelum
ini telah merakamkan semula lagu Jujur (Radja) dalam versinya sendiri.


Berhubung dengan isu video lucah yang mengaitkan dirinya dan Jojie, Ella menganggap
fitnah ini adalah yang terhebat sepanjang lebih 20 tahun Ella berada dalam bidang
seni. Ia cukup memalukan, malah menjejaskan maruahnya sebagai wanita Islam. Namun
Ella berpegang kepada 'Berani Kerana Benar'. Jika betul dia melakukannya, mungkin
sudah lama dia lari meninggalkan negara ini kerana malu. Namun, hasil ketabahan dan
semangatnya, Ella menyerahkan hal ini kepada pihak polis.

Advertorial

Click here to Join Artis Glamer Fan Club!!


Tuesday, 11-Dec-2007 14:20 Email | Share | | Bookmark
METROWEALTH DINNER

 
 
 
View all 25 photos...
MIG BERUSAHA UNTUK TERUS LAHIRKAN FILEM
Contributed by Eiena @ Kuala Lumpur


Dalam industri filem, tiga syarikat produksi yang dilihat paling aktif menerbitkan
filem ialah Tayangan Unggul Sdn Bhd, MIG Productions Sdn Bhd dan Grand Brilliance
Sdn Bhd (GBSB).


MIG mempertaruhkan Congkak dan Brainscan (BS21) arahan Ahmad Idham dan I'm Not
Single (Pierre Andre) manakala filem ke-26, Selamat Pagi Cinta! sudah memulakan
penggambaran.


MIG Production baru-baru ini menawarkan untuk mengedarkan beberapa filem yang
kurang mendapat sambutan ketika ditayangkan dipawagam seperti Budak Lapok dan Haru-Biru.


Pemilihan pengarah muda, Ahmad Idham untuk mengarahkan filem Remp-It & Jangan
Pandang Belakang berjaya membuat kutipan Box Office.



Pelakon muda, Pierre Andre juga diberi peluang mengarahkan filem 9 September
berjaya mencatat kutipan RM1.2 juta yang lebih baik berbanding beberapa pengarah
berpengalaman.

Advertorial

e-mail myfotopages@gmail.com to contribute articles or to advertise


Monday, 10-Dec-2007 20:44 Email | Share | | Bookmark
PERKAHWINAN SYARIFAH ALEYA & ASHRAF

 
 
 
View all 14 photos...
PERKAHWINAN SYARIFAH ALEYA & ASHRAF
Contributed by Eiena @ Kuala Lumpur


Bertempat di Masjid Al-Mukharammah, Bandar Sri Damansara pada 8 Disember lalu,
Syarifah Aleya (Leya), 24 tahun telah selamat dinikahkan dengan Muhammad Ashraf
Aasimuddin, 27 tahun. Hanya sekali lafaz di depan bapa Leya, Syed Zainal Rashid.

Ashraf menyerahkan mas kahwin sebanyak RM101.00 kepada Leya serta wang hantaran
sebanyak RM10,101.00. Selain itu, Leya turut menerima 7 dulang hantaran antaranya
ialah al-Quran, telekung, tepak sirih, cincin serta hiasan, sebuah iPod dan minyak wangi.

Sebagai balasan, pihak pengantin perempuan membalas dengan sembilan dulang diantaranya
adalah kek, jam tangan, minyak wangi, kasut serta sebuah telefon bimbit. Pasangan ini
mengikat tali pertunangan lebih kurang setahun yang lalu selepas hampir dua tahun berkenalan.

Leya mula dikenali melalui filem Idola dan pernah memenangi anugerah Pelakon Pembantu
Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-17 menerusi filem Trauma. Ashraf pula
merupakan bekas ahli kumpulan Pretty Ugly yang kini menjadi seorang pemuzik bebas.

Walaupun sederhana, majlis resepsi kedua-dua mempelai telah berlangsung dalam keadaan
meriah di Hotel Legend sehari selepas majlis pernikahan. Selamat Pengantin Baru dari
Artis Glamer!

Advertorial

Click here to Join Artis Glamer Fan Club!! / Read & See More Photos... Click Here!


Sunday, 9-Dec-2007 13:59 Email | Share | | Bookmark
HADIAH DARIPADA HATI SITI NURHALIZA

 
 
 
View all 18 photos...
HADIAH DARIPADA HATI SITI NURHALIZA
Contributed By Naz @ Sepang


Khabar gembira buat semua adalah kemunculan album terbaru daripada Siti Nurhaliza, Hadiah
Daripada Hati. Siti berharap para peminat dapat bersabar menunggu tarikh 10 Disember di mana
album ini bakal dipasarkan. Album ini merupakan hadiah teristimewa untuk semua peminat Siti
yang telah lama menunggu kemunculannya. Semoga pendengar berpuas hati bila mendengarkan
hasilnya nanti.


Siti juga berharap agar peminatnya membeli album yang original. Jika mahu muat turun biarlah
daripada sumber yang betul, SN Mobile Digital, iaitu syarikat milik Siti yang sah. Dengan
adanya album baru ini, para peminat dapat menjadikannya koleksi istimewa dan akan sukakan
lagu-lagu yang terdapat di dalamnya. Pelbagai maklumat turut diselitkan dalam album itu
nanti termasuk kod lagu dan sebagainya.


Siti yang amat berpuas hati dengan penghasilan album ini tidak mahu ianya dibandingkan
dengan album-album terdahulu. Baginya, setiap daripada karya yang dia rakamkan adalah
berbeza-beza keistimewaannya. Siti juga amat berterima kasih kepada semua penyokongnya yang
tidak pernah jemu kerana membawa lagu Destinasi Cinta ke final Juara Lagu. Dia berhasrat
untuk menggalas tanggungjawab tersebut sebaik munkin di final AJL nanti.


Advertorial

Click here to Join Artis Glamer Fan Club!! / Read & See More Photos... Click Here!


Saturday, 8-Dec-2007 06:49 Email | Share | | Bookmark
FAIZAL AF AKUR CABARAN DUNIA ARTIS

 
 
 
FAIZAL AF AKUR CABARAN DUNIA ARTIS
Contributed by Firdaus @ Ampang



Advertorial

Advertise with Artis Glamer?Click Here! / Click here to Join Artis Glamer Fan Club!!


[<<  <  7  8  9  10  11  12  13  [14]  15  16  17  18  19  20  21  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net