ARTIS GLAMER
Majalah Hiburan Online Terhangat Masa Kini. Berita Terkini & Sensasi Industri Seni Serantau. Lebih 100,000 Hits Setiap Bulan.
By: Artis Glamer

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  8  9  10  11  12  13  14  [15]  16  17  18  19  20  21  22  >  >>]    [Archive]
Friday, 7-Dec-2007 06:29 Email | Share | | Bookmark
TERIMA KASIH MAWI UNTUK PEMINAT

 
 
 
View all 10 photos...
TERIMA KASIH MAWI UNTUK PEMINAT
Contributed by Azura @ Taman Samudra


Hanya kesyukuran kepada tuhan serta terima kasih kepada peminat, penyokong dan para juri
yang membawa lagu Angan dan Sedar nyanyian Mawi ke akhir Anugerah Juara Lagu ke-22 (AJL22).
Lagu ciptaan M.Nasir dan lirik oleh Loloq berjaya mara ke AJL22 melalui kategori Pop Rock.
Mawi juga melahirkan rasa terharu dengan sokongan peminatnya yang tidak jemu-jemu
menyokongnya selama ini.


Mawi berjanji akan mempersembahkan lagu tersebut sebaik mungkin pada pertandingan akhir demi
untuk peminat setianya. Sebagai persiapan, dia akan memulakan latihan yang lebih awal dan
kerap bagi memastikan vokal dan persembahannya tidak akan menghampakan penonton AJL22 nanti.
Baginya, semua lagu yang layak mempunyai keistimewaan tersendiri dan persaingan adalah
terlalu sengit.


Namun, Mawi tetap fokus untuk menghiburkan juri dan penonton pada akhir AJL22. Walaupun Mawi
tidak meletakkan harapan yang tinggi, menang atau kalah, dia serahkan kepada rezeki. Selain
itu, Mawi juga akan menghiburkan para tetamu di majlis Anugerah Wanita Ikon 2007 yang
dijangka berlangsung pada 30 Disember depan. Antara artis lain yang akan turut menjayakannya
ialah Adibah Noor, Anuar Zain, Hans Isaac dan Sean Ghazi.

Advertorial

Advertise with Artis Glamer?Click Here! / Click here to Join Artis Glamer Fan Club!!


Thursday, 6-Dec-2007 20:07 Email | Share | | Bookmark
ARTIS HONG KONG, MALAYSIA, INDONESIA & SINGAPURA

 
 
 
View all 17 photos...
ARTIS HONG KONG, MALAYSIA, INDONESIA & SINGAPURA BERGABUNG UNTUK KEBAJIKAN
Contributed by Sham @ Bayu Tasik


Bertempat di The Pavillion, Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur, sebuah majlis makan malam
eksklusif telah dianjurkan bagi tujuan kebajikan untuk mereka yang kurang bernasib baik.


Kempen yang dinamakan The Blue Ribbon Campaign ini telah melibatkan ramai artis dari
Malaysia, Indonesia, Hong Kong dan Singapura.


Sebelum itu, pasukan bolasepak All-Star dari keempat-empat negara telah beraksi atas tujuan
kebajikan. Skuad All Star Malaysia telah diketuai oleh Vince AF.


Majlis makan malam All Star Charity Dinner ini telah dirasmikan oleh Menteri Kesihatan
Malaysia iaitu Datuk Seri Chua Soi Lek.


Dato Wah Idris turut menghiburkan hadirin dengan lagu-lagu tema kempen ini iaitu
Forevermore, Sinaran Harapan dan Rainbow of Life.



Walaupun tidak dapat hadir, isteri kepada Perdana Menteri Malaysia, Datin Seri Jeanne
Abdullah telah menghulurkan sumbangan peribadi sebanyak RM50,000.00.

Advertorial

e-mail myfotopages@gmail.com to contribute articles or to advertise


Wednesday, 5-Dec-2007 15:02 Email | Share | | Bookmark
LAWAK GLAMER: ZOMBI KAMPUNG PISANG

 
 
LAWAK GLAMER: ZOMBI KAMPUNG PISANG
Contributed by Giggs @ Gombak





Advertorial

Click here to Join Artis Glamer Fan Club!! / Read & See More Photos... Click Here!


Sunday, 2-Dec-2007 12:59 Email | Share | | Bookmark
MENJELANG 18 TAHUN KERJAYA PENGACARA AZNIL HAJI NAWAWI

 
 
 
View all 18 photos...
MENJELANG 18 TAHUN KERJAYA PENGACARA AZNIL NAWAWI
By Giggs @ Gombak


Pengacara nombor satu, Aznil Haji Nawawi berpendapat etika penting dalam dunia pengacaraan
ialah etika perniagaan. Gaya, imej penampilan, disiplin dan keyakinan merupakan perkara yang
harus dimiliki oleh seseorang pengacara. Aznil merupakan bekas pengacara program realiti TV
popular, Akademi Fantasia selama 5 musim dan kini lebih terkenal dengan program kanak-kanak,
Tom Tom Bak..


Dia juga pernah memenangi anugerah Rancangan Bual Bicara Terbaik Asia menerusi program
Macam-macam Aznil pada tahun 2005. Sebelum itu Aznil telah tersenarai sebagai antara lima
pengacara terbaik Asia pada tahun 2004 dalam Asia TV Awards. Baginya, pengacaraan merupakan
satu produk populariti semasa dan tidak akan kekal seperti lakonan dan nyanyian dimana filem
atau lagu boleh dimainkan oleh generasi akan datang.


Aznil mula mencuri tumpuan apabila mengacara program berbentuk games show iaitu, Pop Kuiz
terbitan TV3. Namun, selepas itu dia terus terlibat dalam pelbagai program lain termasuk
rancangan Melodi. Aznil kini lebih senang dengan mengacara program kanak-kanak. Dia turut
menjelaskan bahawa dia tidak gemar menjadi pengacara laser namun sesekali terpaksa mengikut
konsep sesuatu program. Malah, Aznil lebih suka menjadi pengacara mesra dan disayangi.


Walaupun pernah diiktiraf sebagai pengacara terbaik, Aznil masih berpegang kepada prinsip
merendah diri dan menjaga nama baiknya. Dia mengakui bahawa beliau menapis perlakuan dan
perbualan didepan kamera, malah turut melakukannya diluar walaupun kelihatan gila-gila dan
happy. Tambahnya, seorang pengacara berjaya perlu jaga peradapan dan memahami ruang lingkup
kerjanya kerana melibatkan orang ramai, tenaga produksi dan penonton secara langsung.

Advertorial

Click here to Join Artis Glamer Fan Club!! / Read & See More Photos... Click Here!


Saturday, 1-Dec-2007 12:53 Email | Share | | Bookmark
NANA TANJUNG 2 MASUK PANGGUNG

 
 
 
View all 7 photos...
NANA TANJUNG 2 MASUK PANGGUNG
Contributed by Nory @ Puchong


Bermula 29 November lalu, Nana Tanjung 2 yang merupakan sabungan dari filem Nana Tanjung
mula memasuki pawagam tanahair dengan sajian komedi yang cukup menghiburkan! Filem yang
dihasilkan oleh pengarah terkenal Prof Madya A. Razak Mohaideen ini membariskan pelakon-
pelakon asal seperti Piee, Saiful Apek, Fasha Sandha, Waheeda dan Jehan Miskin.


Nana Tanjung 2 mengisahkan tentang kehidupan anak-anak Nana Kassim (Piee) yang berubah
apabila pelbagai cerita timbul mengenai hubungan dua anak perempuannya, Khairunisa (Fasha)
dan Balkis (Waheeda) dengan bakal suami masing-masing. Nana yang mendengar tohmahan jiran
(lakonan Azean Irdawati) memutuskan untuk tidak membenarkan mereka bertemu dengan anak-anak
gadisnya sehingga majlis akad nikah.


Syarat tersebut menyebabkan Akhbar Khan (lakonan Saiful Apek) dan Zul (lakonan Jehan Miskin)
mencari pelbagai pendekatan dan helah untuk berjumpa kekasih hati mereka, sehinggalah timbul
masalah dan konflik lain dalam hidup ahli keluarga Nana Tanjung. Dalam masa yang sama, Nana
juga menjalinkan hubungan cinta dengan teman wanita lamanya, Mami Mumtaz (Sheila Mambo).


Bukan setakat lawak jenaka, Nana Tanjung 2 juga turut menyaksikan konflik-konflik yang
terjadi di dalam hubungan cinta anak-anak Nana Kassim. Elemen komedi yang ditonjolkan di
dalam filem ini sangat mencuit hati, apatah lagi tunggak utamanya ialah pelawak nombor satu
negara, Saiful Apek. Ditambah dengan aksi lawak selamba Piee, penonton pastinya tidak kering
gusi melihat telatah karektor-karektor yang ditampilkan.

Advertorial

Advertise with Artis Glamer?Click Here! / Click here to Join Artis Glamer Fan Club!!


[<<  <  8  9  10  11  12  13  14  [15]  16  17  18  19  20  21  22  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net