ARTIS GLAMER
Majalah Hiburan Online Terhangat Masa Kini. Berita Terkini & Sensasi Industri Seni Serantau. Lebih 100,000 Hits Setiap Bulan.
By: Artis Glamer

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  13  14  15  16  17  18  19  [20]  21  22  23  24  25  26  27  >  >>]    [Archive]
Thursday, 1-Nov-2007 20:16 Email | Share | | Bookmark
ANTARA MARAH & SAYANG TERHADAP SITI NURHALIZA

 
 
 
View all 7 photos...
ANTARA MARAH & SAYANG TERHADAP SITI NURHALIZA
Contributed by Azura @ Tmn Samudra


Terdapat pelbagai reaksi yang datang selepas salah satu sisipan ahkbar tempatan
menyiarkan gambar Datuk Siti Nurhaliza dan ahli keluarganya baru-baru ini. Gambar
muka depan sisipan itu pada 21 Oktober lalu memaparkan Siti dengan mesranya
bergambar dengan anak-anak Datuk K. Ada yang marah dan mengatakan tidak wajar
siarkan gambar berkenaan bagi menghormati perasaan bekas isteri Datuk K, Tengku
Zawyah dan menganggapnya lakonan semata-mata.

Namun, ramai juga yang mengucapkan tahniah dan gembira kerana mendapat gambar
keluarga berkenaan, kerana sudah lama mereka menunggu kemunculan gambar Siti
bersama anak-anak tirinya. Namun, kini Siti sudah jadi ahli keluarga Datuk K, dan
niat akhbar itu juga adalah ikhlas. Mereka hanya mempamerkan kasih sayang dan
cinta, dimana Siti berkorban kasih sayang berkongsi dengan anak-anak Datuk K.

P.Ramlee The Musical turut menyaksikan penampilan sulung, Datuk Siti Nurhaliza
sebagai Azizah yang boleh diibaratkan sebagai cinta pertama dan kekasih halimunan
P.Ramlee. Pada batas itu, watak Azizah sekadar mengisi beberapa ruang tertentu
dalam muzikal tersebut. Walaupun sekejap, watak Azizah digambarkan sebagai sumber
inspirasi di sebalik kejayaan P.Ramlee. Malah, cinta P.Ramlee dan Azizah turut
didendangkan melalui lagu Mulanya Cinta nyanyian Siti Nurhaliza dan Sean Ghazi.

Advertorial

Click here to Join Artis Glamer Fan Club!!


Wednesday, 31-Oct-2007 12:00 Email | Share | | Bookmark
IRMA HASMIE & FARID KAMIL SUDAH PUTUS CINTA

 
 
 
View all 8 photos...
IRMA HASMIE & FARID KAMIL SUDAH PUTUS CINTA.
Contributed By Widad @ Senawang


Hubungan cinta Irma Hasmie dengan aktor, Farid Kamil terputus di tengah jalan.
Pasti ramai yang sudah mengetahui hal berkenaan apabila Farid baru-baru ini
membuat pengakuan terbuka, hubungannya bersama Irma sudah berakhir, tiada lagi
cinta antara mereka. Tapi, sekurang-kurangnya mereka masih berkawan, tak pernah
bergaduh pun walaupun dah tak bercinta macam dulu.

Sesekali itu ada juga Farid menelefon Irma bertanya khabar dan bertukar pendapat.
Tapi, straight to the point lah, tak ada lagi macam dulu-dulu, sayang-sayang, nak
manja-manja di telefon. Irma juga tak menyalahkan sesiapa apabila terjadinya
perkara seumpama ini. Ia hanya membabitkan kami berdua saja, tidak melibatkan
orang lain.


Advertorial

e-mail myfotopages@gmail.com to contribute articles or to advertise


Tuesday, 30-Oct-2007 12:33 Email | Share | | Bookmark
DAPHNE IKING AT A PARTY

 
 
 
View all 5 photos...
DAPHNE IKING AT A PARTY
Contributed by Naz @ Sepang






Advertorial

Click here to Join Artis Glamer Fan Club!! / Read & See More Photos... Click Here!


Monday, 29-Oct-2007 12:01 Email | Share | | Bookmark
FILEM OTAI PECAH REKOD?

 
 
 
View all 11 photos...
FILEM OTAI PECAH REKOD?
By Farah Huda @ Taman Bahtera, TM



Filem Otai yang baru memasuki panggung pada 1 Syawal lalu dilaporkan telah
mencatat satu rekod baru dengan kutipan sebanyak RM1 juta dalam masa 3 hari. Filem
lakonan Saiful Apek dan Nasha Aziz ini juga dikatakan turut membuat kejutan dengan
kutipan sebanyak RM2 juta dalam masa 6 hari. Otai merupakan sebuah filem komedi
arahan Prof Razak Mohaideen terbitan Grand Brilliance bersama Lineclear Motion
Pictures. Sementara itu, filem animasi Budak Lapok pula dilaporkan hanya mampu
mengutip RM200 ribu dalam masa 6 hari tayangan walaupun mendapat banyak pujian.
Menurut sebuah akhbar tempatan, kutipan Otai setakat ini sudah melepasi RM 3.3
juta.


Advertorial

Click here to Join Artis Glamer Fan Club!! / Read & See More Photos... Click Here!


Sunday, 28-Oct-2007 11:11 Email | Share | | Bookmark
MAJLIS PERNIKAHAN LISDAWATI & FAUZI

 
 
 
View all 12 photos...
PERKAHWINAN LISDAWATI & FAUZI
Contributed by Izad @ Cheras


Kegembiraan jelas terpancar pada wajah pasangan pelakon popular, Lisdawati Nazaruddi, 28, dan
suami, Fauzi Nawawi, 34, apabila mereka diraikan pada majlis persandingan yang cukup mewah di
Dewan Komuniti, Taman Ibu Kota, Kuala Lumpur.

Majlis yang berlangsung sekitar jam 8.30 malam itu dihadiri oleh hampir 1,000 orang tetamu, terdiri
daripada ahli keluarga kedua-dua belah pihak, sanak-saudara, kenalan serta rakan-rakan artis.

Antara rakan artis yang turut kelihatan ialah Ako Mustapha, Rozita Che Wan, Ezlynn, Darling
Ngasri, Salina Saibi, Zul Huzaimy, Shaharuddin Thamby, Norlia Ghani dan Rosnah Johari manakala
pengacara sensasi Azwan Ali dan penyanyi dangdut Ifa Raziah bertindak sebagai pengacara majlis.

Lis dan Fauzi ini selamat diijabkabulkan pada 9 September lalu pada majlis yang dibuat secara
sederhana di kediaman Lisdawati di Kondominium Setapak Ria yang hanya dihadiri oleh ahli
keluarga kedua belah pihak.

Pada majlis pernikahan pasangan ini tidak lama dulu, Lis menerima sembilan dulang hantaran oleh
pihak lelaki beserta wang hantaran sebanyak RM21,111.11 dan berbalas 11 dulang oleh pihak
perempuan.

Ini merupakan perkahwinan pertama Lis manakala yang kedua untuk Fauzi. Fauzi sebelum ini
pernah mendirikan rumahtangga dan dikurniakan empat orang anak.

Advertorial

Advertise with Artis Glamer?Click Here! / Click here to Join Artis Glamer Fan Club!!


[<<  <  13  14  15  16  17  18  19  [20]  21  22  23  24  25  26  27  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net