ARTIS GLAMER
Majalah Hiburan Online Terhangat Masa Kini. Berita Terkini & Sensasi Industri Seni Serantau. Lebih 100,000 Hits Setiap Bulan.
By: Artis Glamer

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  15  16  17  18  19  20  21  [22]  23  24  25  26  27  28  29  >  >>]    [Archive]
Monday, 22-Oct-2007 11:55 Email | Share | | Bookmark
KRISDAYANTI & AJAI BERDUET LAGI

 
 
 
View all 19 photos...
KRISDAYANTI-AJAI BERDUET LAGI
Contributed by Arni Yeti @ Jl Karya, Medan


Penyanyi nombor satu Indonesia telah berduet sekali lagi dengan Ajai yang juga seorang
komposer terkenal di Malaysia. Mereka kembali berganding menyanyikan lagu Perlu Kamu yang
merupakan lagu tema filem 1957: Hati Malaya. Lagu ini adalah ciptaan Ajai dan lirik oleh
Suhaimi Baba. Sebelum ini Krisdayanti dan Ajai pernah berduet bersama menyanyikan lagu Hati
Ini Dilukai.

Menurut Ajai, Krisdayanti merupakan seorang penyanyi yang hebat. Komposer berbakat ini juga
sangat kagum dengan vokal Krisdayanti sejak dulu lagi. Menurut Ajai, bukan tiada penyanyi
Malaysia yang hebat, tetapi sebagai komposer beliau merasakan lagu Perlu Kamu amat serasi
dengan vokal Krisdayanti. Muzik adalah universal dan Ajai hanya mahukan yang terbaik
walaupun dengan sedikit kelainan.

Sementara itu, Krisdayanti juga dijangka bakal berhadapan dengan satu saman berjumlah Rp 250
juta dari pemilik Yayasan Andhika Putri, Roro Rachmawati. yayasan Andhika Puteri merupakan
sebuah syarikat yang menyediakan khidmat pembantu rumah. Menurut Roro, Krisdayanti tidak
menghormati profesyen dan harga diri beliau. Pertelingkahan bermula sejak beberapa tahun
lalu apabila pengasuh anak Krisdayanti, Saat Paryanti diperlakukan sewenang-wenangnya oleh
penyanyi tersebut. Namun, Krisdayanti sering tidak mengendahkan segala tuntutan Roro.

Advertorial

Click here to Join Artis Glamer Fan Club!!


Sunday, 21-Oct-2007 12:22 Email | Share | | Bookmark
KOLEKSI GAMBAR ISTIMEWA - WARDINA & FAMILY

 
 
 
View all 18 photos...
KOLEKSI GAMBAR ISTIMEWA - WARDINA & FAMILY
Contributed by Izad @ Medan Pasar, KL








Advertorial

e-mail myfotopages@gmail.com to contribute articles or to advertise


Saturday, 20-Oct-2007 11:44 Email | Share | | Bookmark
LAGU CIPTAAN EDRY BUKAN HANYA UNTUK GAY

 
 
 
View all 4 photos...
LAGU CIPTAAN EDRY BUKAN HANYA UNTUK GAY
By AG

Lagu ciptaan Edry KRU, Separuh Masa yang dinyanyikan oleh kumpulan The Lima (Juara Gangstarz)
telah mencetuskan kontroversi kononnya menceritakan kisah cinta kaum gay. Menurut Edry,
memandangkan beliau bukan gay maka lagu tersebut bukanlah untuk golongan gay. Beliau
menyerahkan kepada pendengar untuk mentafsirkan lagu tersebut sebaiknya. Edry yang mejelaskan
bahawa lirik lagu tersebut adalah umum, mengakui tidak dapat menghalang salah anggap
sesetengah manusia.

Baginya lagu adalah universal dan pendengar berhak menjadikan sesebuah lagu itu lagu mereka.
Lagu ini sebenarnya ialah tentang diri Edry, persaudaraannya dengan adik- beradik dan keluarga
sendiri. Namun sekiranya ada orang yang hendak anggap lain, beliau tidak dapat menahan mereka.
Malah kalau ada sesetangah golongan yang menjadikan lagu ini milik mereka, Edry tetap gembira
kerana tujuannya berkarya adalah semata-mata untuk menghibur.

Advertorial

Click here to Join Artis Glamer Fan Club!!


Thursday, 18-Oct-2007 06:54 Email | Share | | Bookmark
IKIN TAK BERANI MENGAKU AWEK MAWI

 
 
 
View all 6 photos...
IKIN TAK BERANI MENGAKU AWEK MAWI
Contributed by Farah @ Taman Bahtera, TM


Gara-gara artis lelaki popular, Mawi bertandang ke kediaman keluarganya di Johor Bahru pada
musim Aidilfitri tahun lalu, hidup Asikin Rahmat atau Ikin tidak lagi keruan. Pintanya penuh
sopan, jangan lagi dirinya diheret dalam kekalutan yang langsung tidak diundang. Seboleh
mungkin kata gadis berusia 27 tahun ini, dia mahu menghapus episod hitam yang pernah
menyelubungi hidupnya. CUKUP sudah apa yang dialaminya dulu. Sememangnya dia sudah serik
dengan semua itu. Malah, dia sudah berjanji dengan dirinya untuk tidak lagi mengulangi apa
yang sudah dilaluinya. Cukup hanya sekali itu kerana hingga hari ini, luka itu masih
membekas di sudut hatinya.

Namun, nama gadis manis ini sekali lagi jadi sebutan apabila Mawi sahkan hatinya menemui
cinta baru. Nama Ikin kembali panas apabila kiriman cek daripada Mawi menggunakan namanya
terbongkar apabila salinan cek itu jatuh ke tangan media. Tiada lagi ruang damai di hati
gadis ini apabila bertalu-talu persoalan mengenai hubungannya dengan artis lelaki paling
popular itu.

Ikin tidak berani untuk komen. Dia cuma mengakui bahawa mereka masih berkawan. Ikin juga
mempertahankan alasannya untuk tidak berterus terang kerana dia tidak mahu kontroversi lalu
kembali berulang. Baginya, mungkin lebih baik jika bertanya tuan punya badan sendiri. Mawi
yang keluarkan kenyataan itu, pastinya Mawi juga yang mempunyai jawapan yang dicari.
Sebagai seorang perempuan, dia berasa kurang manis jika bersuara soal hati. Ikin tidak mahu
banyak cakap kerana yang akan terima kesannya nanti ialah dirinya sendiri.

Menurut Ikin, Mawi ialah antara kawan lelaki yang paling rapat dalam hidup Ikin. dia tidak
mahu lagi beriya-iya bercakap, nanti dituduh cuba menumpang populariti Mawi. Sedangkan dulu
dia telah berusaha mempertahankan diri. Biarlah hanya Ikin dan keluarga sahaja yang tahu apa
sebenarnya berlaku. Dan kini, Ikin lebih berhati-hati supaya tidak timbul lagi masalah baru.
Soal jodoh dan pertemuan dia menyerahkan kepada Tuhan. Jika ada jodoh Ikin tidak akan lupa
menjemput pihak media. Tetapi jangan ditanya siapa jodohnya kerana dia sendiri tidak
mempunyai jawapan itu. Disebabkan kontroversi ini juga, Ikin mengambil keputusan untuk
memperlahankan aktiviti seni meskipun didatangi banyak tawaran baru.

Advertorial

Click here to Join Artis Glamer Fan Club!! / Read More... Click Here!


Wednesday, 17-Oct-2007 07:21 Email | Share | | Bookmark
INTAN LADYANA AKUI BERCINTA DENGAN KEVIN ZAHARI

 
 
 
View all 12 photos...
INTAN LADYANA AKUI BERCINTA DENGAN KEVIN ZAHARI

Contributed by Fariz @ Jalan Gasing, PJ


Baru-baru ini, Intan Ladyana telah berterus-terang mengakui bahawa beliau sedang bercinta
dengan Kevin Zahari sejak lebih setahun lamanya. Namun dia amat kecewa dengan gambar yang
tersiar di internet yang mehu menjatuhkan namanya. Intan sedar tentang kewujudan empat
keping gambar tersebut. Menurutnya, 3 daripadanya adalah gambar mereka berdua, tetapi satu
gambar dalam aksi keterlaluan itu adalah bukan dirinya.

Tiga gambarnya itu sahih seperti yang dia letakkan dalam ruangan Friendster di internet.
Intan meletakkan 3 gambar tersebut dengan tujuan baik buat tatapan kawan-kawan. Namun
kewujudan gambar keempat yang bukan gambar dirinya dilihat seperti satu fitnah yang mahu
memburukkan imejnya bersama Kevin. Sementara itu, Kevin Zahari turut meluahkan rasa kesal
terhadap perbuatan yang tidak bertanggung jawab itu.

Intan sangat bingung kenapa orang kata itu Kevin, sedangkan gambar kontroversi hanya
menampakkan mulut lelaki sahaja. Malah sekiranya diamati, perempuan dalam gambar itu
memanglah bukan Intan Ladyana kerana terdapat banyak perbezaan. Intan mempunyai tahi lalat
di tepi mulut dan ada parut di kening. Manakala gambar perempuan itu tiada sebarang tahi
lalat mahupun parut. Dan paling ketara ialah gambar perempuan itu yang mempunyai halkum.

Advertorial

e-mail myfotopages@gmail.com to contribute articles or to advertise / Advertising Tariff, Click Here!


[<<  <  15  16  17  18  19  20  21  [22]  23  24  25  26  27  28  29  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net