ARTIS GLAMER
Majalah Hiburan Online Terhangat Masa Kini. Berita Terkini & Sensasi Industri Seni Serantau. Lebih 100,000 Hits Setiap Bulan.
By: Artis Glamer

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  2  3  4  5  6  7  8  [9]  10  11  12  13  14  15  16  >  >>]    [Archive]
Sunday, 20-Jan-2008 16:39 Email | Share | | Bookmark
KOMBINASI DAN KESERASIAN MEREKA JADI RAMUAN CUCI THE MOVIE

 
 
 
View all 9 photos...
SPECIAL MESSAGE



KOMBINASI DAN KESERASIAN MEREKA JADI RAMUAN CUCI THE MOVIE
Contributed by Giggs @ Gombak


AFDLIN SHAUKI
Mula mencipta nama sebagai penyanyi dibawah naungan Roslan Aziz Production, beliau
sebenarnya lebih menonjol dilayar perak. Pernah memenangi anugerah Pelakon Terbaik sebanyak
2 kali di Festival Filem Malaysia ke-15 dan ke-19. Namun kejayaannya membawa filem Buli
Balik
& Baik Punya Cilok dengan kutipan box-office menampakkan cahaya dalam industri filem tanahair.


HANS ISAAC
Jejaka kacukan India, Filipina dan Sepanyol ini memulakan karier sebagai model. Bekas
penjaga gol St John Institution, KL ini, mula mencebur diri dalam lakonan dibawah pengarah,
Shuhaimi Baba pada pertengahan 90-an. Hasil dari semangat kerja yang kuat, beliau berjaya
meraih Anugerah Pelakon Pembantu Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-19.


AC MIZAL
Mula menceburi bidang seni pada awal 90-an sebagai penyanyi utama kumpulan rap 4U2C.
Kemudian diangkat sebagai pelakon utama drama bersiri, Gerak Khas. beliau pernah memenangi
Anugerah Pelakon Drama TV Paling Popular tahun 2000 dan 2001. Kini semakin popular sebagai
hos rancangan AC Disini.


AWIE
Ahmad Azhar Bin Othman juga memulakan karier seni sebagai seorang penyanyi rock bersama
kumpulan rock, Wings. Pernah memenangi pelbagai kejayaan secara solo dan berkumpulan (Wings)
termasuk di Anugerah Juara Lagu. Walaupun lebih berjaya dibidang nyanyian, minatnya terhadap
lakonan tidak boleh dipandang rendah malah semakin dihormati dengan gaya komedi selambanya.


Advertorial

Click here to Join Artis Glamer Fan Club!!


Friday, 18-Jan-2008 16:29 Email | Share | | Bookmark
BUKA BAJU, FAIZAL TAHIR DIGANTUNG, ROYALTI DISEKAT.

 
 
BUKA BAJU, FAIZAL TAHIR DIGANTUNG, ROYALTI DISEKAT.
Contributed by Naz @ Sepang


Aksi meluncurnya yang disifatkan keterlaluan apabila dua lagu dendangannya Kasih Tercipta
dan Mahakarya Cinta diumumkan mara ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu ke-22. Kini
tercetus pula kontroversi apabila dia menanggalkan bajunya pula ketika konsert ulang tahun
keempat 8TV di Bandar Utama, yang ditayangkan secara langsung ke seluruh negara Ahad lalu.

Faizal Tahir mengakui dia tidak berfikir panjang ketika melakukan perbuatan itu kerana
terlalu teruja ketika membuat persembahan. Akibat dari insiden itu, dia tidak dibenarkan
membuat sebarang persembahan 'live' untuk tempoh 3 bulan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan
Multimedia Malaysia
.

Stesen 8TV juga dilarang dari membuat sebarang rancangan siaran langsung untuk 3 bulan.
Berikutan itu, 8TVturut mengambil tindakan dengan menyekat hasil royalti jualan album dan
pertunjukan pentas Faizal Tahir. Walaupun simpati dengan nasibnya, ramai yang tertanya
adakah Faizal akan belajar dari kesilapannya kali ini?

Advertorial

e-mail myfotopages@gmail.com to contribute articles or to advertise


Wednesday, 16-Jan-2008 17:11 Email | Share | | Bookmark
BENARKAH INI ANAK PONTIANAK?

 
 
 
View all 15 photos...
BENARKAH INI ANAK PONTIANAK?
Contributed by Fariz @ Jalan Raja Laut, KL


Secara tiba-tiba, nama pelakon Zarina-An Julie atau lebih dikenali sebagai Mia dalam siri
drama Anak Pontianak pula menjadi sebutan gara-gara tersebarnya dua set gambar aksi liar
beliau di internet.


Sambil menafikan gambar-gambar tersebut adalah dirinya, Zarina turut menuduh ianya adalah
hasil kerja super-imposed. Terdapat dua set gambar yang dikaitkan dengan pelakon muda ini
yang tersebar melalui email. Set pertama merupakan aksi beliau bersama kawan-kawan yang
sedang berparti dan set kedua menampakkan bahagian dadanya disamping seorang lelaki.


Namun, sekumpulan ahli forum dari CARI.COM.MY telah bersependapat bahawa gambar tersebut adalah
tulin setelah membuat kajian terperinci. Menurut mereka, tahi lalat yang ada pada tangan
kirinya kelihatan konsisten dengan sampel yang lain. Malah pixel gambar, ton dan cahaya yang
terlalu sempurna mengsahihkan lagi gambar-gambar tersebut. Mereka juga berpendapat bahawa
adalah mustahil untuk menyatukan dua gambar tubuh manusia dengan sempurna seperti ini.

Advertorial

Click here to Join Artis Glamer Fan Club!! / Read & See More Photos... Click Here!


Monday, 14-Jan-2008 03:56 Email | Share | | Bookmark
KISAH KEJUJURAN NING & OMAR

SPECIAL MESSAGE



KISAH KEJUJURAN NING & OMAR
Contributed by Firdaus @ Ampang


Cerita ini disampaikan sumber dalam sebuah syarikat pengeluar barangan kemas terkemuka. Kisahnya
Ning Baizura dan tunangnya, Omar Sharif ke cawangan kedai barang kemas itu untuk membeli barangan
hantaran. Mereka membeli satu set barang kemas yang berharga puluhan ribu ringgit dan bayaran
dibuat menerusi kad kredit. Sejam selepas itu, semua kakitangan kedai hairan apabila Ning dan
tunangnya datang kembali.


Mereka tidak mengesyaki apa-apa dan dalam kepala pihak pengurusan, mungkin pasangan itu mahu
membeli barang lagi tetapi alangkah terkejutnya mereka apabila Ning menjelaskan pembayaran yang
dicaj menerusi kad kredit yang dibuat bukanlah harga sebenar barang dibeli.Kata Ning, pihak
pengurusan yang menguruskan pembelian itu tersalah caj dengan memberikannya harga ribuan dan bukan
puluhan ribu seperti yang tertera pada barang kemas itu.


Apabila mendengarkan penjelasan Ning, pihak pengurusan itu jadi panik dan tidak terkata apa-apa.
Mereka benar-benar terhutang budi dan amat berterima kasih atas kejujuran yang ditunjukkan Ning
dan tunangnya. Kalau orang lain, mungkin sudah lama mereka mendiamkan diri memandangkan kesilapan
berlaku disebabkan kecuaian pihak pengurusan. Bagaimanapun, kejujuran itu harganya jauh lebih
besar. Diharapkan kisah Ning ini dapat dijadikan teladan.

Advertorial

Click here to Join Artis Glamer Fan Club!! / Read & See More Photos... Click Here!


Saturday, 12-Jan-2008 03:42 Email | Share | | Bookmark
APA SUDAH JADI DENGAN FILEM ADUH SALIHA?

APA SUDAH JADI DENGAN FILEM ADUH SALIHA?
Contributed by Giggs @ Gombak


Penggambaran filem Aduh Saliha yang sedang rancak pembikinannya di sekitar Sabah terhenti
penggambarannya sejak dua bulan lalu. Difahamkan penggambaran baru saja selesai kira-kira 20
hingga 30 peratus saja. Apalah malangnya Aduh Saliha, sudahlah nak mencari Saliha satu penantian
menyeksakan, dah mula shooting, tergendala pula. Antara punca utama Aduh Saliha terhenti
penggambarannya disebabkan masalah kewangan.


Sepanjang tahun lalu teka teki siapakah gadis bertuah yang akan memegang watak Saliha dalam filem
arahan M.Nasir, Aduh Saliha memakan masa begitu lama untuk menemui jawapannya sehinggalah Duta
Silky Girl
, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin diberi tanggung jawab menggalas peranan berkenaan
di sisi Raja SMS iaitu Bintang Paling Popular 2006, Asmawi Ani atau Mawi.


Sementara itu, Puteri Sarah pula menghadapi masaalah masa kerana telah mula sibuk dengan pengajian
dalam bidang perhotelan di UiTM Pulau Pinang. Sebelum ini, dia pernah berkorban menangguhkan
pengajianya semata-mata untuk menjayakan watak Saliha. Namun kini, dia tidak boleh lagi tangguh
semester lagi kerana ia melanggar syarat pengajian.

Advertorial

Advertise with Artis Glamer?Click Here! / Click here to Join Artis Glamer Fan Club!!


[<<  <  2  3  4  5  6  7  8  [9]  10  11  12  13  14  15  16  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net