ARTIS GLAMER
Majalah Hiburan Online Terhangat Masa Kini. Berita Terkini & Sensasi Industri Seni Serantau. Lebih 100,000 Hits Setiap Bulan.
By: Artis Glamer

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  3  4  5  6  7  8  9  [10]  11  12  13  14  15  16  17  >  >>]    [Archive]
Thursday, 10-Jan-2008 04:19 Email | Share | | Bookmark
TOO BAD, LAP DANCING WAS NOT IN SEHATI BERDANSA!

 
 
 
View all 6 photos...
TOO BAD, LAP DANCING WAS NOT IN SEHATI BERDANSA!
Contributed by Nory @ Puchong


This couple could have win it!

Advertorial

Click here to Join Artis Glamer Fan Club!! / Read & See More Photos... Click Here!


Tuesday, 8-Jan-2008 16:10 Email | Share | | Bookmark
CUCI: LAHIRNYA FILEM PERTAMA ARAHAN HANS ISAAC

 
 
 
View all 28 photos...
CUCI: LAHIRNYA FILEM PERTAMA ARAHAN HANS ISAAC
Contributed by Yus @ Bayu Tasik


Setelah lebih 15 tahun berlakon, Hans Isaac kini melangkah selangkah lagi dalam dunia seni
apabila mengarah dan berlakon dalam filem CUCI. Filem arahan Hans yang pertama ini dibawakan
dalam Genre Komedi Selamba dan bakal menemui peminat pada 24 Januari 2008 nanti.


Menurut Hans, dia amat berbangga dan bertuah kerana dapat bekerja di samping teman-teman
rapatnya iaitu Afdlin Shauki, Awie dan Ac Mizal. Keserasian mereka banyak membantu dalam
menjadikan filem ini sesuatu yang istimewa untuk disajikan kepada para penonton.


Lakonan Erra Fazira pastinya dapat menambahkan kekuatan filem ini selain dibantu oleh
sahabat karibnya Umie Aida. Antara yang turut berlakon dalam CUCI ialah Dato' Rahim Razali,
Syanie, Elaine Daly, Que Haidar, Ida Nerina, Harith Iskandar, Ako Mustapha dan Rusdi Ramli.



CUCI juga merupakan hasil tulisan Hans Isaac dan Harith Iskander, penuh dengan warna-warni
kehidupan, semangat bekerja dan keceriaan. Filem terbitan Tall Order Productions milik Hans
Isaac
bersama Tune Entertainment Group membawakan mesej utamanya iaitu Malaysia Boleh.


Advertorial

e-mail myfotopages@gmail.com to contribute articles or to advertise


Monday, 7-Jan-2008 15:53 Email | Share | | Bookmark
SITI NURHALIZA KINI SUDAH BERTUDUNG

 
 
 
View all 24 photos...
SITI KINI SUDAH BERTUDUNG
Contributed by Naz @ Sepang


Datin Seri Siti Nurhaliza Taruddin, 28, buat pertama kali telah tampil dengan imej bertudung
di majlis hari jadi Chef Wan baru-baru ini. Siti yang baru selesai menunaikan ibadah haji
telah selamat pulang ke Malaysia pada 27 Disember lalu.


Menurut penyanyi nombor satu negara itu, dia akan cuba mengekalkan penampilan bertudung ini.
Siti tetap menjadi perhatian para media walaupun hadir ke majlis tersebut dengan tudung
rekaan Datuk Bernard Chandran.


Siti juga menegaskan, dia akan menutup kepala apabila menyertai Anugerah Juara Lagu Ke-22
pada 27 Januari depan di Stadium Putra, Bukit Jalil. Namun Siti masih kurang pasti mengenai
corak tudung yang akan digayakannya ketika membawa lagu yang agak rancak, Destinasi Cinta.


Dia juga sedar bahawa penampilannya itu akan menimbulkan pelbagai reaksi masyarakat, namun
dia tetap tabah dan yakin kerana apa yang dilakukannya ikhlas dan lahir daripada hati. Siti
juga bersyukur kerana tidak banyak halangan dilalui sepanjang menunaikan haji bersama suami,
ibu dan abangnya.

Advertorial

Click here to Join Artis Glamer Fan Club!! / Read & See More Photos... Click Here!


Sunday, 6-Jan-2008 15:44 Email | Share | | Bookmark
LAGI GAMBAR MAJLIS SEKITAR MAJLIS PERKAHWINAN SHARIFAH ALEYA

 
 
 
View all 14 photos...
LAGI GAMBAR MAJLIS SEKITAR MAJLIS PERKAHWINAN SHARIFAH ALEYA
Contributed by Eiena @ KL







Klik sini untuk artikel Perkahwinan Sharifah Aleya & Ashraf...

Advertorial

Click here to Join Artis Glamer Fan Club!! / Read & See More Photos... Click Here!


Saturday, 5-Jan-2008 13:52 Email | Share | | Bookmark
SHEILA MAJID IN CONCERT - BERHIBUR SAMBIL BERAMAL

 
 
 
View all 10 photos...
SHEILA MAJID IN CONCERT - BERHIBUR SAMBIL BERAMAL
Contributed by Firdaus @ Ampang


Para peminat Sheila Majid bakal berpeluang menyaksikan sebuah konsert eksklusif penyanyi
terkenal itu di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. Ratu Jazz negara ini akan mengadakan konsert
selama 2 hari bagi mengumpul sumbangan untuk didermakan kepada Yayasan Institut Jantung Negara.


Konsert ini membuka peluang kepada peminat untuk berhibur sambil membuat amal. Pastinya
ramai peminat Sheila yang menantikan konsert sebegini dan dia sendiri amat berbesar hati
kerana dipilih untuk menjayakan konsert amal yang dijadual bermula pada 1 Februari.


Baginya, sukar untuk dibayangkan kesulitan yang dihadapi keluarga pesakit yang berdepan kos
perubatan yang menelan belanja tinggi. Inilah peluang untuk Sheila membuat sesuatu yang
baik. Tiket boleh didapati dengan harga serendah RM150 hingga RM350 sahaja.

Advertorial

Advertise with Artis Glamer?Click Here! / Click here to Join Artis Glamer Fan Club!!


[<<  <  3  4  5  6  7  8  9  [10]  11  12  13  14  15  16  17  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net