ARTIS GLAMER
Majalah Hiburan Online Terhangat Masa Kini. Berita Terkini & Sensasi Industri Seni Serantau. Lebih 100,000 Hits Setiap Bulan.
By: Artis Glamer

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 1-Dec-2006 03:58 Email | Share | Bookmark
Mentor FINAL!!

Tunjuk ajar ku SIFU!!

Kat, Fiq dan Nieyl berdebar tunggu titik penentuan dalam saingan akhir setelah lima bulan berjuang

PERTANDINGAN peringkat akhir yang menyaksikan persembahan mereka akan disiarkan secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam, Wisma MBSA.

Fokus mereka bertiga kini bukan soal kontroversi Nieyl yang layak ke final, sebaliknya bagaimana untuk memberikan sebuah persembahan yang terbaik dan meyakinkan bagi memastikan gelaran juara menjadi hak mereka.

Benar selama lima bulan mereka bertungkus lumus berlatih untuk tampil setiap minggu di atas pentas tetapi latihan itu belum mencukupi.

Kata Amy Search, seorang penyanyi memerlukan masa bertahun-tahun untuk memperbaiki mutu suara mereka. Pengalaman menyanyi bertahun-tahun adalah salah satu daripada latihan yang paling efektif menjadikan mereka penyanyi yang baik.

Pengalaman bertahun-tahun itu jika dibandingkan dengan angka lima bulan ternyata jauh jaraknya. Jadi, ketiga-tiga mereka kini sedang giat berlatih agar tidak ada yang pincang saat berada di atas pentas akhir nanti.

Perasaannya tentu sekali berbeza dengan Battle setiap minggu. Ahad nanti adalah hari penentu pengorbanan mereka selama ini.

Kata Kat, lain macam sungguh perasaannya sekarang. Takut setiap masa, duduk di mana-mana pun otak ligat memikirkan mengenai peringkat akhir. Bagaimanakah rupa pentasnya? Berapa ramaikah penontonnya? Sedapkah suaranya? Dan bermacam-macam lagi.

Sejak Rabu lalu, mentor Kat, Datuk Siti Nurhaliza giat melatih anak didiknya. Walaupun ada yang kata Kat bakal dinobatkan sebagai juara melihat keputusan peringkat separuh akhir minggu lalu, tapi Datuk Siti Nurhaliza tetap menjalankan tanggungjawab terakhirnya.

Ujar Kat, dia akan mendendangkan sebanyak empat buah lagu. Antara yang bakal didendangkan ialah Big Spender, Langit Ketujuh, Nuri dan Kita Insan Biasa.

“Lagu Big Spender, Kat biasa dengar tapi tidak biasa menyanyikannya. Kat akan cuba buat yang terbaik. Takut, tapi seronok sebab peminat ada banyak pilihan untuk memilih siapa yang mereka suka kerana kami bertiga mempunyai karakter yang berbeza,” katanya.

Siti Nurhaliza akui dia agak sibuk dan jarang dapat meluangkan masa dengan anak didiknya tetapi gembira kerana Kat pandai membawa diri. Kata Siti, dia tidak bimbang mengenai persembahan kerana anak didiknya itu mempunyai keyakinan diri yang tinggi kala beraksi di pentas, tapi dari segi vokal masih banyak yang perlu diperbaiki Kat.

“Terpulanglah jika ada yang berkata sekiranya Kat menang itu adalah atas usahanya. Bagi Siti itu sesuatu yang baik kerana sebaik melangkah daripada Mentor, Kat akan berdiri sendiri.

“Siti tidak akan lagi berada di sisinya tetapi jika dia mahukan nasihat, Siti tidak kisah berkongsi dengannya. Tetapi itu tidak bermakna Siti lepas tangan terus kerana Siti meminta bantuan Juliza Adlizan untuk membentuk vokal Kat,” kata Siti.

Apabila diberi peluang meneruskan perjuangannya di peringkat akhir, sedikit sebanyak


More stories on Final Mentor click here JOM Berita Harian Online! or TV3 or Mentor@Time






View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net