ARTIS GLAMER
Majalah Hiburan Online Terhangat Masa Kini. Berita Terkini & Sensasi Industri Seni Serantau. Lebih 100,000 Hits Setiap Bulan.
By: Artis Glamer

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 5-Dec-2006 06:56 Email | Share | Bookmark
Selamat Pengantin Baru..... to Syed and Linda

linda4-1
linda-1
linda2
linda1
linda1-1
linda2-1
linda3
KUALA LUMPUR: Dengan sekali lafaz, Syed Kamarulzaman Syed Mahmood, 31, sah
bergelar suami kepada penyanyi dan pelakon, Linda Rafar, 28, pada upacara
akad nikah di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam,
semalam.



Pasangan itu diijabkabulkan oleh Penolong Pendaftar Nikah masjid berkenaan,
Khairuddin Hayun, pada jam 9.43 pagi.

Linda atau nama sebenarnya Azlinda Rafar mengenakan kurung moden putih
lengkap bertudung rekaan Shahrul Nurdin kelihatan menitiskan air mata sebaik
saja akad dilafazkan.

Pelakon drama Dua Hati itu menerima mas kahwin sebanyak RM111 berserta wang
hantaran RM11,111.11. Syed Kamarulzaman atau lebih dikenali dengan nama Syed Aiman dalam dunia
lakonan, menyerahkan tujuh dulang hantaran kepada pihak pengantin perempuan
dengan berbalas sembilan.

Perkahwinan ini adalah yang kedua bagi kedua-dua artis terbabit.
Selepas majlis pernikahan, pasangan mempelai itu dirai dalam jamuan untuk
sanak-saudara dan sahabat handai di kediaman Linda di Seksyen 9, Shah Alam
pada jam 12 tengah hari.

Majlis persandingan khas buat teman artis dan rakan media pula akan diadakan
di Hotel Concorde, Shah Alam pada 10 Disember ini.



Linda berkata, dia bersyukur majlis pernikahan berjalan seperti dirancang
dan berharap doa semua pihak akan mengiringinya melangkah ke alam rumah
tangga.

"Saya dan Syed lega apabila segala-galanya berlangsung dalam keadaan tenang
serta mengikut perancangan," katanya ketika ditemui selepas selesai acara
akad nikah.

"Oleh kerana kami berkahwin hanya selepas kira-kira setahun berkenalan, maka
biarlah kami bercinta selepas berkahwin saja," katanya ketika ditemui
selepas selesai acara akad nikah.

Linda bertemu jejaka dari Kelantan itu sewaktu menjalankan tugasan
membabitkan pengurusan majlis di Bintulu, Sarawak. Sejak itu, mereka sering
bekerjasama dan menjadi teman rapat hingga menimbulkan bibit cinta.
"Linda seorang wanita yang penyayang, baik hati dan senang diajak berbincang
kerana itu hati saya mudah terpaut padanya," kata Syed pula.



Pasangan ini akan terbang ke Bandung, Indonesia, selama empat hari mulai
Isnin ini sebagai percutian pertama mereka, diikuti bulan madu di sebuah
tempat yang belum diputuskan, pada tahun depan.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net