Want your
own Fotopage?















 
ARTIS GLAMER
Majalah Hiburan Online Terhangat Masa Kini. Berita Terkini & Sensasi Industri Seni Serantau. Lebih 100,000 Hits Setiap Bulan.
By: Artis Glamer

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 5-Dec-2006 06:56 Email | Share | Bookmark
Selamat Pengantin Baru..... to Syed and Linda

linda4-1
linda-1
linda2
linda1
linda1-1
linda2-1
linda3
KUALA LUMPUR: Dengan sekali lafaz, Syed Kamarulzaman Syed Mahmood, 31, sah
bergelar suami kepada penyanyi dan pelakon, Linda Rafar, 28, pada upacara
akad nikah di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam,
semalam.



Pasangan itu diijabkabulkan oleh Penolong Pendaftar Nikah masjid berkenaan,
Khairuddin Hayun, pada jam 9.43 pagi.

Linda atau nama sebenarnya Azlinda Rafar mengenakan kurung moden putih
lengkap bertudung rekaan Shahrul Nurdin kelihatan menitiskan air mata sebaik
saja akad dilafazkan.

Pelakon drama Dua Hati itu menerima mas kahwin sebanyak RM111 berserta wang
hantaran RM11,111.11. Syed Kamarulzaman atau lebih dikenali dengan nama Syed Aiman dalam dunia
lakonan, menyerahkan tujuh dulang hantaran kepada pihak pengantin perempuan
dengan berbalas sembilan.

Perkahwinan ini adalah yang kedua bagi kedua-dua artis terbabit.
Selepas majlis pernikahan, pasangan mempelai itu dirai dalam jamuan untuk
sanak-saudara dan sahabat handai di kediaman Linda di Seksyen 9, Shah Alam
pada jam 12 tengah hari.

Majlis persandingan khas buat teman artis dan rakan media pula akan diadakan
di Hotel Concorde, Shah Alam pada 10 Disember ini.



Linda berkata, dia bersyukur majlis pernikahan berjalan seperti dirancang
dan berharap doa semua pihak akan mengiringinya melangkah ke alam rumah
tangga.

"Saya dan Syed lega apabila segala-galanya berlangsung dalam keadaan tenang
serta mengikut perancangan," katanya ketika ditemui selepas selesai acara
akad nikah.

"Oleh kerana kami berkahwin hanya selepas kira-kira setahun berkenalan, maka
biarlah kami bercinta selepas berkahwin saja," katanya ketika ditemui
selepas selesai acara akad nikah.

Linda bertemu jejaka dari Kelantan itu sewaktu menjalankan tugasan
membabitkan pengurusan majlis di Bintulu, Sarawak. Sejak itu, mereka sering
bekerjasama dan menjadi teman rapat hingga menimbulkan bibit cinta.
"Linda seorang wanita yang penyayang, baik hati dan senang diajak berbincang
kerana itu hati saya mudah terpaut padanya," kata Syed pula.



Pasangan ini akan terbang ke Bandung, Indonesia, selama empat hari mulai
Isnin ini sebagai percutian pertama mereka, diikuti bulan madu di sebuah
tempat yang belum diputuskan, pada tahun depan.

Byk tul artis2 yg kawen tahun ni kan.....derang 2 ni tak makan tua...

visit....
http://kasihabadi.fotopages.com
For Wedding & Such
Tue 5-Dec-2006 09:18
Posted by:sarah kasih.abadi@yahoo.com
jeles nyer tgk mereka berdua ni... apa pun semoga kekal hingga ke akhir hayat... Tue 5-Dec-2006 14:55
Posted by:nadya dya_2286@yahoo.com.my
sama cantik sama ensem...
cantik jgk ekk kawin theme color dark purple. erm..bole tiru..yahooo nk kawin...
i need photographer. pls do email me ur quotation.
Tue 5-Dec-2006 19:43
Posted by:nana ordinary_girl83@yahoo.com
Aikk... dah nikah dah rupanya .. alhamdullilah semoga kali nie berkekalan hingga ke akhir hayat ..Amin Wed 6-Dec-2006 07:47
Posted by:MuMMY NiNi  - [Link]
moga kekal Wed 6-Dec-2006 09:26
Posted by:Nadiah Suhaidi n_nadiah@yahoo.com  - [Link]
Hubby Linda ni yg berlakon cerita Mek Salmah dr Scotland tu eh?? Wed 6-Dec-2006 14:59
Posted by:yana
kenapa eh baju linda tak sama ngan kain.macam baju nikah je...baju songket rosak kena iron ke???ke fashion baru? Thu 7-Dec-2006 06:03
Posted by:camellia
a'ah.. syed ni la yg berlakon dlm cite mek salmah dr scotland tu.. suke tgk dia brlakon.. suke tgk masa dia ckp kelate tu... Thu 7-Dec-2006 12:59
Posted by:nadya dya_2286@yahoo.com.my
tahniah....semoga jodoh berpanjangan keahkir hayat...mmg sepadan bagai pinang dibelah dua Fri 8-Dec-2006 08:19
Posted by:ieza azlyieza79@yahoo.cm
tahniah ,semoga kekel ke akhir hayat. bila nak bewah di salor kel ni.
Sat 9-Dec-2006 01:28
Posted by:mak ngah (kel) 123@yahoo.com
kalu linda balik salor ni jangan lupa bawa mari linda rumah mak ngah deh .mak ngah minat landa.rumah mak nga pun salor juga. dekat sangat dengan rumah syed tu. Sat 9-Dec-2006 01:34
Posted by:mak ngah (kel) 123@yahoo.com
moga kekal hingga keakhir hayat hendaknyer...aminnnnnnnn Mon 11-Dec-2006 01:38
Posted by:shahrieyna syaleya@hotmail.com
well...what can i say...orang2 kelantan ni memang gorgeous belaka...what can i say. gorgeous and berbakat. Sun 17-Dec-2006 04:36
Posted by:mizz_nuyou mizznuyou12@yahoo.com
so sepadan la..i suka Wed 20-Dec-2006 07:47
Posted by:babe babe_cinta@yahoo.com
selamat pengantin baru Sun 7-Jan-2007 11:57
Posted by:ruhaidah da_ruhaidah@yahoo.com
Mon 19-Feb-2007 11:04
Posted by:sharifah nor arina anis
saya sukalh syed khwin dgn linda rafar.saya ucpkn tahniah kpd psngn yg bahagia ini.sy memeng peminat no.1 pada syed aiman&linda rafar.saya suka cerita lakonan mereka brdua.semoga berbahagia hingga ke akhir hayat. Mon 19-Feb-2007 11:28
Posted by:sharifah nor arina anis noratiqa_fekri@yahoo.com
btw...syed ni org kampung ku... aku knal sgt dgn famili die cuma jarang nmpk syed sbb die jarang balik kg die kat salor... adik2 die rmi perempuan... sume muke lebih kurang cam die...hehe tahniah syed..nnt free balik lah kampung okess.. Fri 23-Feb-2007 08:49
Posted by:tiara tiaraskacinta@yahoo.com
mate syed aiman tu kene ketumbit ke?
Tue 20-Mar-2007 08:26
Posted by:fahana fahana84@yahoo.com
untuk tempahan katering & kanopi, lawatilah laman web http://azza-katering.com. harga masih boleh di runding. Fri 23-Mar-2007 02:53
Posted by:Kak Zah amsonatsu_62@yahoo.com
hey aku dah tgk gambar linda n edry tu... hmmmm... Fri 20-Apr-2007 13:20
Posted by:Oniichan oniichan@metallica.com
name btol die kamaruzzaman kan...nape rmai yg x caye r
Tue 26-Aug-2008 08:18
Posted by:evanesCence cute.niqy@gmail.com
cantik colour baju u all Mon 2-Mar-2009 03:42
Posted by:liz liz_miey25@yahoo.com


Add your comment
Name
Email (optional)
Register for updates Register for this Fotopage update (requires email)
Register for entry comments update (requires email)

More...
Link URL (optional)
verification Code
fill in the below number in the box





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.