ARTIS GLAMER
Majalah Hiburan Online Terhangat Masa Kini. Berita Terkini & Sensasi Industri Seni Serantau. Lebih 100,000 Hits Setiap Bulan.
By: Artis Glamer

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 9-Dec-2006 02:20 Email | Share | Bookmark
Artis artis yang berniaga

BiskutShamsul
KekLapis Deja
KekLapis Ifa
LindaSkop
RotiJohnRosnah
Linda Jasmine
OK OK... tak payah laaa cerita pasal adik beradik KRU yang kita dah memang
tahu yang empayar perniagaan mereka mencecah jutaan ringgit. Tak payah laaa
jugak kalau mak cerita Datuk Yusof Haslam yang spin off daripada produk Skop
Production dah jadi bisness lumayan untuk pengarah negara tersohor itu.

Advertorial


Tapi.. mai kita lihat artis artis ini yang macam kita cuba berniaga part
time menambah pendapatan. Ye laaah kan... tengah dok glamer nii. Baik
capitalise kaw kaw!! At least bila dah retire... boleh laa bergantung
harapan dengan bisnes or projek yang lain. Artis Glamer Salute these great
people!!



IFA RAZIAH KEK LAPIS INDONESIA

HAH dah SUDAH lima tahun IFA terbabit dalam perniagaan pada bulan puasa.
Dia memilih Kek Lapis Betawi kerana harganya murah dan keknya mendapat
permintaan tinggi.

Kek saya ada dua perisa iaitu rempah dan butter milk. Ia datang dari Medan,
Indonesia. Dengan harga RM50, saya menerima tempahan kira-kira 5,000 biji
setiap tahun. Namun IFA hya menjual kek ini untuk hari raya saja.
Selalunya permintaan memang tak menang tangan, katanya.

Antara pelanggan saya ialah Siti Nurhaliza, Misha Omar, Watie Elite, Arash
Mohd, Yusni Jaafar dan Roslan Shah. Bagi sesiapa yang berminat membuat
tempahan atau menjadi ejen, mereka boleh hubungi 019- 392 9238 (Yani)."


LINDA ONN MY MOM'S CHICKEN RICE
APABILA Linda Onn membuka cawangan kedua restoran nasi ayamnya, My Mom's
Chicken Rice (MMCR) di Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur kira-kira setahun
yang lalu, ramai menganggap dia anak Melayu yang berani kerana tidak gentar
dengan persaingan kaum lain yang rata-rata memonopoli perniagaan makanan di
situ.

Pada masa yang sama Linda harus memastikan cawangan utama MMCR di Ampang
Point
, Kuala Lumpur tetap gah menggamit pelanggan. Selain sibuk dengan
tugasnya sebagai penyampai radio Era, Linda kini bertanggung jawab mengawal
selia dua restorannya itu.

Rupanya dalam diam Linda berperang dengan kesibukan, dia membuka cawangan
ketiga MMCR di pusat beli-belah Tesco Ampang, Kuala Lumpur. Restoran nasi ayam itu baru saja menjalankan operasinya hampir tiga bulan lalu.

Selain daripada Nasi Ayam MMCR turut menyediakan menu istimewa lain, Mom Special dan
Mom's Selection, selain mi rebus yang dikenali dengan nama Daddy's Favourite
dan Daddy's Original.

Artis Glamer Caya Lu!! Linda Onn. Read more about them at My Mom's Chicken Rice


BISKUT RAYA SHAMSUL GHAU GHAU
"BAGI Shamsul merebut peluang untuk berniaga pulangannya amat lumayan, cuma kena rajinlah sedikit.

Tambah Shamsul "Isteri saya sudah menjalankan perniagaan menjual kuih raya sebelum kami
berkahwin. Dulu masa kami berkawan, saya ada membantunya dengan mempromosi
pada kawan-kawan artis. Apabila melihat permintaannya tinggi, apa salahnya
saya juga turun padang.

"Kami menjual Arabian Cookies, Frambozen Snowy, Strawberry Slice, Chocolate
Chip, Chocolate Hazel, Orange De Kises, Moca De Kises, Lovely Tuffle dan
Cashew Delight pada harga RM33 hingga RM35.

"Selain itu, kami juga menyediakan hamper bersama kotak serta bakul kuih
raya yang dihias cantik dengan harga serendah RM150. Untuk tempahan, boleh
hubungi 017-3763 722 atau 013-2104 023," katanya.


KEK LAPIS SARAWAK DEJA MOSS
Hmm Deja Moss pulak menjual Kek Lapis Sarawak secara kecil-kecilan. Sekarang sudah tiga tahun
saya menjalankan perniagaan ini. Kebanyakan tempahan datang dari di KL
kerana orang di sini sukakan kelainan.

Deja Moss kata selain coraknya yang berwarna-warni, rasanya pun sedap. Bagi kek lapis roll,
harganya RM20 sebiji, manakala yang bersegi (satu kilogram), harganya
RM120."

Hmm kayolah ko ye Deja Moss. Teruskan!!!


ROTI JOHN ROSNAH MAT ARIS
"PENGALAMAN berbelas-belas tahun berniaga di Bazar Ramadan membuatkan saya
susah meninggalkan bidang ini."

Rupanya memang dah experience Kak Rosnah kita nie!! tapak gerainya di Danau Kota, Setapak kerana ia lebih dekat dengan rumahnya di Taman Sri Gombak.

Kak Rosnah menjual pelbagai juadah masakan termasuklah Roti John Black Pepper, Roti Boom, sup, rendang daging, ayam masak merah, mi goreng dan kuih-muih.

Kak Rosnah juga mempunyai pengalaman menggubah dan menjual bunga sebelum bergelar pelakon lagi.Bagi mereka ingin membuat tempahan bolehlah hubungi 012-343 6681

Adapted from articles from: Berita Harian Online

Advertorial

Advertise with us. E-mail myfotopages@gmail.com


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net