ARTIS GLAMER
Majalah Hiburan Online Terhangat Masa Kini. Berita Terkini & Sensasi Industri Seni Serantau. Lebih 100,000 Hits Setiap Bulan.
By: Artis Glamer

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 9-Dec-2006 02:24 Email | Share | Bookmark
Tengku Zawyah... kehidupan selapas Datuk K

TengkuBBQ
TengkuBot
TengkuKids
Linda Jasmine


ANAS (berkaca mata) mengajar Zawyah cara mengendalikan
bot sewaktu mereka menyusuri sebuah sungai di Mildura.

Bekas isteri dan keluarga Datuk Khalid habiskan masa cuti bersama selama
tiga minggu di Melbourne, Australia

LOGHAT Kedah beliau masih lagi pekat. Tutur katanya penuh bersopan. Bersuara
dalam nada lemah lembut, seseorang itu pasti akan terpaut dengan keramahan
Tengku Zawyah Tengku Izham, biarpun baru pertama kali berbual-bual
dengannya.

Sebaik saja menghidu berita beliau kembali ke tanah air pada 8 September
lalu, daripada percutian di Melbourne, Australia, bersama anak-anak, Bintang
Popular terus menghubungi beliau di telefon bimbit.

Sekalipun tidak berkesempatan bersemuka kerana sedar beliau perlu berehat,
penulis cukup berbesar hati kerana Tengku Zawyah, 43, tetap sudi mengirimkan
beberapa keping foto untuk dikongsi bersama pembaca budiman.

Permintaan kami itu dipenuhi dengan senang hati walaupun pada awalnya,
beliau agak berat untuk berbuat demikian, bimbang kalau-kalau disalah
anggap.


SERONOKNYA barbeku di atas bot.

"Kalau boleh, saya tak mau keluar paper, paper ni. Nanti orang ingat, nak
cari glamor pulak," kata bekas pendidik yang berasal dari Sungai Petani,
Kedah itu.

Bekas isteri usahawan Datuk Khalid Mohamad Jiwa ini mengakui, hatinya berasa
lebih tenang sekembalinya daripada percutian selama tiga minggu itu
bersama-sama anak-anaknya - Muhammad Anas Zawawi, 19; Muhammad Adib, 16;
Mohd Asyraf, 14, dan Muhammad Aazief, 8.

"We're fine. Siapa yang tidak seronok dapat luangkan masa bersama dengan
anak-anak. Sepatutnya saya balik pada 7 September lalu tapi disebabkan Mohd
Anas (sedang menuntut di Universiti Melbourne dalam bidang Pengajian
Perniagaan) ada kelas sepanjang hari, dia minta saya tangguhkan dulu
penerbangan pulang," ujarnya.

Ditanya mengenai statusnya sebagai ibu tunggal kini, sambil tertawa kecil,
Tengku Zawyah berkata, dia akan lalui dengan penuh tabah. Katanya, dia
sentiasa bersikap positif kerana yakin dengan segala ketentuan Ilahi.

"Tiada yang lebih baik dan mententeramkan jiwa selain dapat menghabiskan
masa dengan anak-anak. We're having fun over there. Paling seronok, Anas dan
dua kawan universitinya membawa saya dan adik-adiknya menaiki bot di
Mildura. Untuk ke sana, ia mengambil masa lebih kurang lima jam kalau
memandu kereta tapi satu setengah jam dengan kapal terbang. Jadi kami naik
kapal terbang saja ke sana," katanya.


ZAWYAH memang cukup rapat dengan keempat-empat anaknya. Dari kiri Asyraf, Anas, Adib dan paling comel, Aazief.

Beliau sekeluarga menghabiskan masa selama lima hari empat malam di atas bot
sewaan khas itu yang dilengkapi pelbagai fasiliti seperti bilik tidur,
dapur, bilik mandi, spa, tempat barbeku serta peralatan memancing.

"Anas sendiri yang jadi kapten bot. Jadi apabila kami terasa hendak berlabuh
di mana-mana tempat di sepanjang sungai, itu, kami akan berlabuh. Rasanya
macam hendak pergi lagi. Anak saya memang adventurous," katanya.
Selain belayar dengan bot, mereka juga merasai pengalaman `terbang' dalam
belon udara panas di pinggir Melbourne sambil melihat panorama yang
menakjubkan.

Tengku Zawyah berkata, selepas ini, beliau akan memberikan lebih fokus
terhadap pengajian anak-anaknya, berikutan ada subjek yang terlepas apabila
pergi bercuti tempoh hari. Apakah beliau akan pergi bercuti lagi?

"Raya tahun ini, rasa macam hendak pergi lagi ke sana (Mildura). Beraya atas
bot dengan anak-anak, seronok juga, tapi itu pun kalau Datuk (Khalid)
izinkan. Maklumlah hari istimewa seperti hari raya, sudah tentu dia juga
hendak bersama anak-anaknya," katanya.

Sebagai suri rumah sepenuh masa, Tengku Zawyah memang rajin ke dapur. Malah
anak-anaknya amat menyukai resipi masakannya, Ayam Masak Lemak.
"Di rumah, budak-budak ni memang suka makan ayam. Tengoklah badan si Asyraf
tu..." katanya tertawa sambil menutup perbualan.

Source: Berita Harian Online

Advertorial. E-mail myfotopages@gmail.com



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net