ARTIS GLAMER
Majalah Hiburan Online Terhangat Masa Kini. Berita Terkini & Sensasi Industri Seni Serantau. Lebih 100,000 Hits Setiap Bulan.
By: Artis Glamer

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 13-Dec-2006 23:51 Email | Share | Bookmark
Abdul Warits in the House!!

anntn1

comelnyer..mcm budak skolah main timang2 anak..kess..kess...kes...

Soseh-Soseh: Ann selamat bersalin TAHNIAH SS ucapkan buat Nasrizal Ngasri atau Ann kerana selamat melahirkan anak lelaki pada 27 November lalu.

Bagi peminat yang mengetahui perkembangan Ann, pelakon Dunia Baru itu dijangka melahirkan anak pada 14 Februari tahun depan tetapi kerana terlalu aktif, Ann melahirkan lebih awal daripada jangkaan. Berita ini dimaklumkan kakak Ann, Darling, kepada rakan SS. Katanya, Ann selamat melahirkan bayi lelaki sebarat 2.8 kilogram walaupun kandungan Ann baru nak masuk tujuh bulan. SS difahamkan, bayi comel itu dinamakan Abdul Warits.

Mengikut ceritanya, Ann terasa ingin buang air kecil tetapi sebenarnya
air ketubannya sudah pecah. Suaminya, Abdul Wafi mengejarkan Ann ke pusat
bersalin di Shah Alam, Selangor dan dia melahirkan bayi lelaki secara
normal, empat jam kemudian.

SS juga difahamkan, Ann kini berpantang di rumah mentuanya di Shah Alam.
Kebetulan ibu mentuanya tukang urut. Ini adalah cucu ketujuh dalam
keluarga Ngasri Sain dan Habibah Yusof. Khabarnya Habibah berulang-alik setiap
hari dari rumahnya di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur ke rumah besannya di Shah
Alam.

Menurut Darling, adiknya itu tidak tahu duduk diam sepanjang mengandung
hingga merisaukan mereka sekeluarga. Walaupun sarat, dia tetap menjalani
penggambaran musim kedua Dunia Baru.

Malah kata Darling, Ann hanya akan berpantang selama sebulan kerana
terbabit dengan penggambaran filem Dunia Baru. Pengarahnya tidak mahu
melepaskan Ann kerana watak Madiha yang dipegang Ann antara daya penarik
cerita itu.

Advertorial

More info. e-mail myfotopages@gmail.com


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net