ARTIS GLAMER
Majalah Hiburan Online Terhangat Masa Kini. Berita Terkini & Sensasi Industri Seni Serantau. Lebih 100,000 Hits Setiap Bulan.
By: Artis Glamer

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 14-Dec-2006 00:51 Email | Share | Bookmark
Cicak Man hits 2 million in 5 days!!!

Cicak man
Advertorial



MEMANG tidak malu untuk dibawa ketengah, melewati sempadan negara. Itu ayat yang tergambar di kepala sebaik selesai menonton cubaan pertama Yusry Abdul Halim menerusi karya sains fiksyen, komedi dan aksi pertama arahannya, Cicak-Man di Cathay Cineleisure, Damansara, minggu lalu.

Cukup membanggakan apabila melihat anak Melayu sendiri berupaya membawa satu revolusi terbaru dalam industri sinema tempatan. Kata orang berani bertempat, segan berarah. Tahniah Yusry walaupun baru setahun jagung menjadi pengarah klip video dan filem.

Terkekek-kekek ketawa sepanjang menonton filem ini. Paling kuat terdengar suara rakan wartawan Ellyna Ali (Hiburan Metro) termasuk Kak Cham (Editor Hip, Berita Harian) bersama anak lelakinya, Nazren.
Bukan itu saja, malah rakan penulis yang sudah lebih lima tahun tidak menonton filem Melayu (kalau tidak silap filem terakhir ditontonnya ialah Sembilu) pun angkat bendera putih sebab tidak tahan dengan lawak gila-gila dan selamba Saiful Apek.


Cicak-Man berkisar mengenai kisah dua sahabat baik Danny (Yusry) dan Hairi (Apek) yang bertugas sebagai saintis di sebuah makmal penyelidikan terkemuka diketuai Profesor Klon (Aznil Nawawi). Institusi tempat mereka bertugas ditampilkan cukup mengagumkan, tidak langsung menggambarkan lokasi tertentu di Malaysia.

Penggunaan Imej Janaan Berkomputer (CGI) dan teknik 3-D berjaya melahirkan Kota Metrofulus yang diilhamkan daripada Gotham City. Sekalipun dibuat di Putrajaya, hasilnya sungguh memberangsangkan.
Hendak dijadikan cerita, satu hari, seekor cicak yang digunakan untuk menguji kaji sejenis virus terjatuh ke dalam kopi Hairi. Selepas meminumnya, perubahan kimia mula berlaku dalam tubuh anak muda yang cekeding itu. Dia tiba-tiba menjadi lebih bertenaga, mula tidur di atas siling dan mampu merayap di permukaan dinding. Bukan itu saja, lidah Hairi juga mampu terjulur panjang untuk menangkap serangga! Ringkas kata, perlakuan Hairi seakan-akan seekor cicak.

Selepas mengetahui dia memiliki kuasa baru, Hairi mengambil keputusan menjadi seorang superhero dan mematahkan komplot Profesor Klon untuk mahu mengklonkan barisan menteri Metrofulus demi kepentingan sendiri.

Kalau ikutkan komik Marvel, setiap superhero punya kelemahan dan cuba teka apa kelemahan Cicak-Man? Getah. Ya, kenapa getah? Cuba adik-adik tanyakan ayah dan ibu dan mungkin mereka boleh memberi jawapannya.

Melihat keseluruhan filem ini, ia tidak dinafikan sebuah karya `inspired' daripada filem superhero Barat tetapi berjaya disesuaikan Yusry dengan elemen tempatan. Sebagai contoh, Cicak-Man juga seorang yang latah dan berjiwa Melayu. Kelebihan Apek, dia banyak menyelitkan dialog spontan bersama aksi lucu seperti menari pop yeh yeh dan penat tercungap-cungap sewaktu bertarung.

Agaknya, kalau Yusry sendiri yang menjadi Cicak-Man, superhero itu akan lebih kelihatan romantis berbanding Apek yang gila-gila. Kemunculan sekejap seniman Aziz Sattar sebagai seorang menteri yang diculik juga melucukan kerana dia tidak lekang dengan suara `adik-adiknya' dan senyum simpulnya itu.
Jelas, banyak keratan babak dan watak dipinjam dari filem sci-fi Hollywood. Profesor Klon (kadangkala terlalu over-acting kerana asyik ketawa sendiri) tampak macam Jim Carrey manakala pasangan kembar Ginger Boys, orang kanan Profesor Klon (Adlin & AC Mizal) tidak ubah seperti orang jahat dalam Matrix.
Namun, lakonan AC dengan dialog terbalik dan tunggang langgang sungguh kelakar. Bayangkan, seorang penyagak rupa-rupanya suka mencilok setem dan pantang melihat surat orang!

Babak percintaan antara Yusry, Fasha dan Apek kurang disentuh dengan mendalam, mungkin kerana Yusry lebih mengutamakan aspek lain seperti memperkenalkan siapa Cicak-Man serta permainan kesan khas. Tania (Fasha) menyangka Cicak-Man adalah Danny dan rahsia itu tidak terbongkar hingga ke akhir cerita. Melihat penamat Cicak-Man kita dapat menjangkakan akan adanya sekuel selepas ini.


INFO: Cicak-Man
PENGARAH: Yusry Abd Halim
PELAKON: Saiful Apek, Yusry, Fasha Sandha, Aznil Nawawi, Adlin Aman Ramlie, AC Mizal
GENRE: Sains fiksyen/komedi/aksi
BAJET: RM1.7 juta
5 DAYS COLLECTION: RM2 juta


Source: Bintang Fofular!!

Advertorial


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net