ARTIS GLAMER
Majalah Hiburan Online Terhangat Masa Kini. Berita Terkini & Sensasi Industri Seni Serantau. Lebih 100,000 Hits Setiap Bulan.
By: Artis Glamer

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 14-Dec-2006 00:54 Email | Share | Bookmark
Que Haidar's Girlfriend

 
Advertorial


KETIKA Zubir menghadiri tayangan khas Cicak-Man di Cathay Cineleisure, Mutiara Damansara baru-baru ini, Zubir terpandang kelibat hero kacak, Que Haidar yang hadir bersama seseorang. Hmmm, mungkin seseorang yang sangat istimewa di hati Que kerana mereka berjalan berpimpin tangan!

Que apabila terlihat Zubir, dengan gaya gentleman bersalaman seperti biasa dan bertanyakan khabar, tapi langsung tidak memperkenalkan kepada Zubir siapa gadis cantik yang setia berdiri di sisinya itu sambil memegang segelas minuman.

Tidak banyak bersembang, Que meminta diri untuk beredar, Zubir pun tak banyak tanya, lalu membiarkan merpati dua sejoli itu `terbang' mencari privacy. Lima belas minit kemudian, Que muncul lagi berdekatan Zubir, tapi kali ini si jelita berjalan di belakang Que.

Zubir pun tak mahu terlepas peluang lagi lalu bertanyakan siapakah gadis yang bersamanya itu. Kali ini Que tak gentleman apabila tersenyum sipu mendengar pertanyaan Zubir.

"Kawanlah Abang Zubir, bukan girlfriend," jelas Que seperti menyembunyikan sesuatu dari pengetahuan Zubir.

Zubir pun minta Que bergambar dengan gadis cantik itu, tapi Que menolak dengan memberikan 1001 alasan. Tapi, dalam masa berdolak dalik dengan Zubir, jurugambar Aswadi Alias sempat merakamkan gambar kandid Que bersama gadis berkenaan.



Nah! Lihatlah foto terbaru Que bersama buah hatinya!

Zubir pun merisik dengan beberapa sumber perihal hubungan Que dengan gadis cantik itu. Risik punya risik, rupa-rupanya memang benar sangkaan Zubir apabila gadis yang bersama Que pada malam itu ialah buah hatinya yang baru. Namanya biarlah Zubir perkenalkan sebagai S saja dan baru berusia 21 tahun! Que pula 27, memang sesuai! S berasal dari utara tanah air, Que pula dari Johor. Memang sepadan!

Menurut sumber yang agak rapat dengan Que, S dan Que sudah hampir setahun menjalin hubungan istimewa. Januari depan, genaplah setahun usia percintaan mereka. S bukan artis, sebaliknya bertugas sebagai pramugari di Penerbangan Malaysia (MAS). Khabarnya hubungan Que dan S sudah pun mendapat restu daripada keluarga kedua-dua belah pihak.

Kalau dah macam tu Que, Abang Zubir doakan Que dan S cepat-cepatlah naik pelamin. Jangan tunggu lama-lama, nanti melepas!

Mengenai kerjaya lakonan Que, mulai Januari ini, filem terbaru Que, Syaitan dan Haru Biru akan muncul di pawagam, diikuti Badai Pasti Berlalu (Februari) dan Zombie Kampung Pisang (Mac). Zubir harap S akan memahami kesibukan Que sebagai aktor hebat. Barulah rumah tangga aman damai.


Source: Bintang Fofular!

Advertorial Links
JOM KAHWIN!
RILEKS @ ABAKIM
TIGA ABDUL
ARTIS GLAMER


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net