ARTIS GLAMER
Majalah Hiburan Online Terhangat Masa Kini. Berita Terkini & Sensasi Industri Seni Serantau. Lebih 100,000 Hits Setiap Bulan.
By: Artis Glamer

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 24-Mar-2007 16:12 Email | Share | Bookmark
POLIS SEDANG MENYIASAT AKSI LUCAH ZANA

zana1
zana2
zana3
zana4
zana1
zana_bed1
zana_bed2
 
Contributed by Azrin @ Port Klang.

Ketua Polis Shah Alam mengesahkan bahawa beliau telah menerima laporan dari bekas peserta AF5, Zana dan kini sedang menyiasat kes tersebut di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan. Zana atau nama sebenarnya Wan Nurul Zhana telah mengejutkan peminat apabila menarik diri pada saat-saat akhir dari konsert pertama AF5 musim ini. Walaupun memberi alasan terlalu rindu kepada kucing kesayangannya, para penonton sedar bahawa isu gambar bogel yang kini tersebar di internet menjadi punca penarikan diri Zana.

Sebahagian peserta AF5 juga mengesahkan bahawa Zana amat resah sepanjang berada didalam Akademi. Pihak pengurusan AF5 menghormati keputusan Zana dan menamatkan kontraknya tanpa sebarang tindakan. Pihak Polis juga kini sedang giat mengesan individu yang menyebarkan gambar-gambar tersebut di internet. Beberapa teman rapat Zana telah dikenal pasti untuk membantu siasatan.

Kepada peminat Zana yang tidak dapat mengundi Zana di dalam AF5, masih boleh membantunya dengan menyumbangkan maklumat kepada pihak berkuasa bagi menangkap anak haram yang menyebarkan gambar bogel gadis melayu ini.

Click here to Join Artis Glamer Fan Club!!

e-mail myfotopages@gmail.com to contribute articles or to advertise


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net