ARTIS GLAMER
Majalah Hiburan Online Terhangat Masa Kini. Berita Terkini & Sensasi Industri Seni Serantau. Lebih 100,000 Hits Setiap Bulan.
By: Artis Glamer

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 24-Mar-2007 16:20 Email | Share | Bookmark
ADEGAN RANJANG FASHA SANDHA

 
 
Contributed by Azrin @ Port Klang

Lembaga Penapis Filem hari ini telah memberi lampu hijau kepada peminat Fasha Sandha yang tidak sabar untuk menonton filem terbaru lakonannya dari Indonesia, Badai Pasti Berlalu. Lima babak panas lakonan Fasha yang mendapat kritikan hebat oleh wartawan Malaysia akan memasuki pawagam di Malaysia tanpa sebarang potongan.

Fasha yang pertama kali beraksi dengan aktor luar negara didakwa melakonkan aksi berpeluh-peluh di ranjang dalam filem tersebut. Fasha memberi jaminan bahawa beliau tidak akan menggadai maruahnya semata-mata ingin jadi popular. Beliau juga menegaskan bahawa apa yang telah dilakonkan di dalam Badai Pasti Berlalu adalah tidak keterlaluan. Para peminat yang ternanti-nanti untuk menyaksikan adegan yang kononnya panas itu, akan berpeluang apabila Badai Pasti Berlalu masuk ke pawagam-pawagam Malaysia pertengahan April 2007 nanti.

Click here to JoinArtis Glamer Fan Club!!


e-mail myfotopages@gmail.com to contribute articles or to advertise


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net