ARTIS GLAMER
Majalah Hiburan Online Terhangat Masa Kini. Berita Terkini & Sensasi Industri Seni Serantau. Lebih 100,000 Hits Setiap Bulan.
By: Artis Glamer

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 6-Apr-2007 12:09 Email | Share | Bookmark
PRESS PREVIEW ZOMBI KAMPUNG PISANG

0107 075
0107 076
0107 077
0107 078
0107 079
0107 080
0107 081
0107 082
 


Pada 3 April 2007, bertempat di GSC Mid Valley, satu majlis tayangan khas
filem Zombi Kampung Pisang telah diadakan. Para wartawan seni tanahair juga
telah dijemput bagi menilai filem tersebut. Ramai rakan artis turut hadir pada
malam tersebut. Rosyam Nor, Norman KRU, Yusry KRU & anggota kumpulan
Wings adalah antara penonton pertama filem tersebut. Majlis sidang akhbar
juga turut diadakan pada malam tersebut sebaik selepas tamat tayangan. Artis
Glamer telah menghantar 3 wakil pengkritik ke majlis tersebut. Apa yang
menarik pada malam tersebut ialah nyanyian Negaraku oleh semua hidirin
menjadi aturcara pembukaan tayangan khas itu.



Zombi Kampung Pisang ialah sebuah filem seram komedi akan masuk ke
pawagam-pawagam pada 19 April 2007. Filem arahan Mamat Khalid ini telah
menelan belanja sebanyak RM1.2 juta. Penggambaran filem ini telah diadakan
di sekitar Kuala Kangsar sepanjang bulan puasa yang lalu. Mamat Khalid juga
telah memilih Awie sebagai hero di dalam Zombi Kampung Pisang. Sememangnya
Awie berjaya menggeletek hati para penonton dengan lakonan yang mantap
dibantu oleh AC Mizal dan Que Haidar. Malah ada yang berpendapat bahawa Awie
lebih meletup bila membawakan watak komedi sejak filem Baik Punya Cilok.



Kombinasi Gayatri Su Lin Pillai dan Mamat Khalid berjaya menghasil satu filem
yang sesuai untuk ditonton oleh semua peringkat umur. Filem yang mengisahkan
tentang transformasi penduduk sebuah kampung menjadi zombi ini turut dibintangi
oleh Ezlynn, Mazlan Pet Pet, Nadia Mustafar, Soffi Jikan,Zami Ismail, Jalil Hamid,
Loloq dan Ruminah Sidek.



So kepada peminat filem tempatan, jangan lupa! Jom tengok wayang! Bawa seluruh
ahli keluarga pada 19 April nantiā€¦
.



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net