ARTIS GLAMER
Majalah Hiburan Online Terhangat Masa Kini. Berita Terkini & Sensasi Industri Seni Serantau. Lebih 100,000 Hits Setiap Bulan.
By: Artis Glamer

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 14-Apr-2007 13:22 Email | Share | Bookmark
PERKAHWINAN NASRIZAL NGASRI

 
 
 
 
Contributed by Shima @ Port Dickson



Pelakon aktif dan berbakat, Nasrizal Ngasri (Bell), telah mengakhiri zaman
bujangnya di Masjid Al-Khairiah, Taman Sri Gombak pada 31 Mac 2007. Gadis
pilihannya ialah jiran setaman iaitu Nur Farhana Fauri atau lebih dikenali
sebagai Shasha. Bell berusia 27 tahun manakala Shasha berusia 25 tahun mula
berkenalan sejak 5 tahun dulu. Namun mereka hanya mengikat tali pertunangan
pada 25 Disember 2006.




Mas kahwin adalah sebanyak RM80.00, manakala wang hantaran bernilai RM8,
888.00. Ahli keluarga Bell juga menyediakan 11 dulang hantaran dan dibalas
oleh keluarga Shasha dengan 13 dulang hantaran. Majlis persandingan pihak
perempuan telah diadakan di Dewan Komuniti Taman Ibu Kota pada hari yang
sama, manakala majlis bagi pihak lelaki akan diadakan di Dewan Perdana Felda
pada 2 April 2007. Bell adalah adik kepada Nazeli, bekas pemain ragbi STJ
Commodores yang juga anak kepada Ngasri Sain dan Habibah Jaafar.



...semoga berbahagia ke anak cucu...

Advertorial

e-mail myfotopages@gmail.com to contribute articles or to advertise


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net