ARTIS GLAMER
Majalah Hiburan Online Terhangat Masa Kini. Berita Terkini & Sensasi Industri Seni Serantau. Lebih 100,000 Hits Setiap Bulan.
By: Artis Glamer

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 28-Apr-2007 03:31 Email | Share | Bookmark
ADAM NAFI TUDUHAN GAY

 
 
 
 
ADAM NAFI TUDUHAN GAY
Contributed by FIRDAUS @ Ampang


Adam AF2 atau Mohd Aizam Mat Saman telah mencabar kepada sesiapa sahaja yang boleh membuktikan bahawa dia ialah seorang gay. Cabaran ini dilakukan semata-mata ingin membuktikan bahawa dia amat jauh dari idea negatif orang ramai yang menuduhnya seorang gay. Adam yang berpegang kepada prinsip "Berani Kerana Benar" terpaksa akur dengan pelbagai gossip yang menyerangnya kini setelah bergelar artis glamer. Dia tidak mampu menutup mulut semua orang tetapi berharap gossip ini akan berakhir secepat mungkin.


Adam juga menafikan bahawa dia masih terikut-ikut dengan gaya Yusry KRU. Dia menegaskan bahawa caranya adalah jauh berbeza kalau nak dibandingkan dengan KRU. Mungkin Adam pernah mengakui bahawa dia amat meminati KRU, tetapi ini adalah kerana dia bukan seorang yang hipokrit. Adam hanya memberitahu apa yang disukainya. Adam juga menerangkan tentang perbezaan dirinya dengan Yusry. Adam lebih genar menari, manakala Yusry lebih kepada permainan alat muzik. Fesyen pemakaian Adam juga lebih kearah gaya Korea, sementara Yusry ada gayanya tersendiri. Mungkin ramai yang beranggapan demikian kurang mengenali diri Adam dan hanya mendengar lagu-lagunya. Dan, hanya peminat sebenar Adam mengenali siapa dirinya yang sebenar!

Advertorial

Click here to JoinArtis Glamer Fan Club!!


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net