ARTIS GLAMER
Majalah Hiburan Online Terhangat Masa Kini. Berita Terkini & Sensasi Industri Seni Serantau. Lebih 100,000 Hits Setiap Bulan.
By: Artis Glamer

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 28-Apr-2007 03:35 Email | Share | Bookmark
MAWI TERUS HANGAT

 
 
 
MAWI TERUS HANGAT
Contributed by Azura @ Tmn Samudra

Baru-baru ini Mawi telah bersetuju untuk membawa rombongan peminatnya ke Sydney, Australia. Pakej percutian 'Terokai Sydney Bersama Mawi Yang Cemerlang' ini telah dijadualkan pada 16 hingga 21 Mei 2007. Mawi juga akan membawa peminat ke beberapa tempat menarik seperti The Opera House, Harbour Bridge, Blue Mountain, Katoomba & Three Sisters, The Rocks, Darling Harbour dan Bondi Beach. Sememangnya pakej percutian seperti ini adalah satu kesempatan bijak oleh agensi perlancongan yang menganjurkannya. Namun, Mawi berpendapat bahawa peluang ini akan memberi faedah kepada semua termasuk peminat-peminatnya. Percutian 6 hari 4 malam ini berharga RM2,300 (kanak-kanak) dan RM4,600 hingga RM5,600 (dewasa)

Mawi juga akan dijangka terpaksa menangguhkan penggambaran filem Aduh Saliha dijadual bermula pada 24 April lalu di Kota Kinabalu, Sabah. Filem arahan M. Nasir ini akan turut dibintangi oleh Erra Fazira, Eby Yus, Que Haidar, Nasir Bilal Khan dan Felix AF. Filem terbitan Cameracrew Production ini masih belum dapat pelakon yang akan memegang watak Saliha.

Sempena dengan sambutan Hari Ibu 13 Mei nanti, Mawi bersama-sama syarikatnya akan mengadakan satu majlis makan tengah hari bersama-sama golongan ibu di Palace of The Golden Horses. Peserta Akademi Fantasia 5 yang baru sahaja disingkirkan, Dekna turut dijemput sebagai artis jemputan pada petang tersebut. Mawi sudahpun merangka persembahannya sempena Petang Berkilauan Habib Bersama Mawi dan Ibu-Ibu di Palace nanti.

Akibat daripada kesibukannya, Mawi sekali lagi terpaksa menangguhkan hasrat untuk mengambil lesen memandu. Mawi yang sangat sibuk dengan kerja-kerja di studio dan lokasi penggambaran masih berharap untuk mendapatkan lessen memandu dengan segera. Malah niat Mawi itu pernah dipuji oleh Ketua Pengarah JPJ sendiri. Mawi yang sepatutnya menyertai kelas memandu di Hulu Langat dalam bulan Mac yang lalu kini sudah mempunyai empat buah kereta. Suzuki Swift, Proton Savvy, Kia Optima dan Naza Sorento pastinya gah menghiasi Banglo Mawi yang indah itu.

Advertorial

e-mail myfotopages@gmail.com to contribute articles or to advertise
Click here to Join Artis Glamer Fan Club!!


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net