ARTIS GLAMER
Majalah Hiburan Online Terhangat Masa Kini. Berita Terkini & Sensasi Industri Seni Serantau. Lebih 100,000 Hits Setiap Bulan.
By: Artis Glamer

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 28-Apr-2007 03:38 Email | Share | Bookmark
The Making of "ZOMBI KAMPUNG PISANG"

 
 
 
 
Upclose With Me... 31 May 2007
The Making of "ZOMBI KAMPUNG PISANG"
Contributed by Giggs @ Gombak

Pengarah filem 'Zombi Kampung Pisang', Mamat Khalid yang meminati karya
George A Romero telah menggunakan asap dan cahaya samar untuk beberapa
babak, yang menggunakan ciri-ciri teknik filem jenis 'Noir' seperti mood, stail
dan warna di dalam filem ini.


Pembikinan filem dijalankan sepanjang bulan puasa disekitar Kuala Kangsar
menelan belanja RM1.2juta. Lagu tema filem ini, 'Zombifikasi' nyanyian Awie
dan AC Mizal adalah hasil ciptaan Shamril Salleh dan lirik ditulis oleh Mamat
Khalid sendiri.


Pengarah - Mamat Khalid
Lakon Layar - Mamat Khalid
Cerita Asal - Mamat Khalid
D.O.P - Khalid Zakaria
Pengarah Seni - Nazrul Asraff
Penata Rias - Hatim Thai
Penerbit Eksekutif - Gayatri Su-Lin Pillai
Penerbit Penyelaras - Hazil Izham
Terbitan - Tayangan Unggul Sdn Bhd


SINOPSIS
Ketenteraman dan kedamaian Kampung Pisang tiba-tiba bertukar menjadi kecoh pada suatu malam bermula dengan kematian Pak Abu. Tiga Pemuda yang sedang melepak menyaksikan kejadian itu. Mereka mengusung Pak Abu pulang ke rumah. Pak Jabit yang datang menziarah jenazah, tiba-tiba meninggal dunia juga. Keadaan menjadi lebih gawat apabila mayat Pak Abu dan Pak Jabit hilang dari rumah. Penduduk kampung terus berkumpul di dewan orang ramai dan beberapa orang lagi turut rebah meninggal dunia. Bekalan elektrik kampung terputus. Mayat-mayat tersebut telah menjadi Zombi dan mula menyerang penduduk kampung. Masing-masing bertempiaran lari menyelamatkan diri. Huru-hara mula berlaku di Kampung Pisang. Apakah musibah dan apakah rahsia disebalik kejadian ganjil ini? Saksikan filem seram penuh komedi ini di pawagam berhampiran anda sekarang...


Advertorial

e-mail myfotopages@gmail.com to contribute articles or to advertise


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net