ARTIS GLAMER
Majalah Hiburan Online Terhangat Masa Kini. Berita Terkini & Sensasi Industri Seni Serantau. Lebih 100,000 Hits Setiap Bulan.
By: Artis Glamer

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 5-May-2007 06:39 Email | Share | Bookmark
AWIE DAPAT ANAK LAGI…

 
 
 
 
 
 
 
AWIE DAPAT ANAK LAGI…
Contributed by GIGGS @ Gombak


Dalam kesibukan berlakon filem, Awie telah dikurniakan seorang anak lelaki hasil perkongsian hidupnya dengan Rozana Misbun. Putera Ahmad Merrah telah dilahirkan pada 7 April lalu. Awie sebelum ini mempunyai 2 orang anak dari hasil perkahwinan pertamanya.

Awie juga semakin sibuk dengan kariernya sebagai pelakon. Sejak Mac lalu, Awie telah ke Thailand bagi melakonkan watak jahat dalam filem aksi-komedi berjudul Brave. Filem arahan Afdlin Shauki dan seorang pengarah Thailand ini, merupakan projek terbaru Awie yang sentiasa dahagakan sesuatu yang baru.

Awie juga dilaporkan gembira berlakon dalam filem komedi spontan seperti Zombi Kampung Pisang. Menurutnya, beliau amat puas hati berlakon dibawah arahan Mamat Khalid. Baginya, Mamat Khalid ialah seorang sutradara yang berkarisma besar dan banyak idea yang menarik. Awie juga menyeru peminat-peminatnya agar menonton filem Zombi Kampung Pisang di pawagam untuk kepuasan yang sebenar.

Nampaknya Awie semakin popular sebagai seorang pelakon. Tetapi, mampukah lakonan Awie melonjakkan namanya sehebat Awie seorang penyanyi rock? Mungkinkah Awie akan menjadi seorang pengarah filem pula satu hari nanti? Sebuah lagi filem lakonan Awie yang akan masuk ke panggung pada tahun ini ialah Sumolah. So, tunggulah…



e-mail myfotopages@gmail.com to contribute articles or to advertise


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net