Want your
own Fotopage?








 
ARTIS GLAMER
Majalah Hiburan Online Terhangat Masa Kini. Berita Terkini & Sensasi Industri Seni Serantau. Lebih 100,000 Hits Setiap Bulan.
By: Artis Glamer

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 9-May-2007 12:28 Email | Share | Bookmark
JANGAN PANDANG BELAKANG CIPTA SEJARAH

 
 
 
 
JANGAN PANDANG BELAKANG CIPTA SEJARAH
Contributed by Nory @ Puchong

Pada 5 Mei lalu, filem arahan Ahmad Idham ini telah mencipta rekod baru filem melayu dengan kutipan tiket tertinggi sebanyak RM6.33 juta. Kejayaan filem terbitan Metrowealth Movies Production itu sekali gus memadamkan rekod Sembilu II arahan Datuk Yusof Haslam, RM6.20 juta pada tahun 1995.

Jangan Pandang Belakang mula ditayangkan di 51 pawagam sejak 5 April lalu. Pada hari pertama tayangan, filem ini mencatat kutipan tertinggi sebanyak RM410,000.00 mengatasi rekod Cicak Man sebelum ini dengan kutipan RM350,000.00. Selain itu, ia juga berjaya menarik 15,000 penonton di Brunei pada minggu pertama tayangan dan kutipan tiket sebanyak S$25,000.00 pada malam pertama tayangan di Singapura.

Filem ini juga akan ditayangkan di Filipina, India, Thailand & Pakistan. Hebat kan? Tetapi, persoalan timbul apabila tiada laporan yang mengatakan filem ini akan menembusi pasaran Indon, sedangkan banyak filem dari negara tersebut mampu membuat kutipan tinggi di Malaysia.

Advertorial

e-mail myfotopages@gmail.com to contribute articles or to advertise


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4008229.ip-198-27-68.net