ARTIS GLAMER
Majalah Hiburan Online Terhangat Masa Kini. Berita Terkini & Sensasi Industri Seni Serantau. Lebih 100,000 Hits Setiap Bulan.
By: Artis Glamer

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 27-May-2007 13:48 Email | Share | Bookmark
FAIZAL AF4 SERTAI IKLIM?

 
 
 
FAIZAL AF4 SERTAI IKLIM?
Contributed by Azreen @ Bandar Puteri, Klang.


Apa yang dinanti akan kembali. Iklim akan muncul dengan sebuah album khas yang berjudul 'Iklim & Frenz'. Namun, persoalan yang timbul ialah apabila penyanyi utama Iklim, Saleem tidak turut serta dalam penghasilan album ini. Menurut salah seorang anggota kumpulan tersebut, Saleem tidak dapat bersama kerana beliau terikat dengan kontrak syarikat rakamannya sendiri dan Iklim terpaksa meneruskan pembikinan album ini yang telah tertangguh hampir tiga tahun. Walau bagaimanapun, Faizal AF4 pula yang akan muncul dalam 'Iklim & Frenz'. Pembabitan Faizal AF4 dalam album ini adalah sebahagian dari usaha Iklim untuk menggilap bakatnya. Pendedahan yang diberikan kepada Faizal AF4 adalah satu peluang yang harus diambil dengan sebaik mungkin. Anggota Iklim mengakui bahawa Faizal & Iklim mempunyai keserasian, namun mampukah Faizal membawa Iklim kembali ke zaman kegemilangannya? Faizal telah menyanyikan 2 lagu keramat iaitu 'Suci Dalam Debu' & 'Blues Terengganu Kita' dalam album ini. Semoga peminat Faizal & Iklim akan kembali 'senyum sokmo' selepas ini...

Advertorial

Click here to Join Artis Glamer Fan Club!!


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net