ARTIS GLAMER
Majalah Hiburan Online Terhangat Masa Kini. Berita Terkini & Sensasi Industri Seni Serantau. Lebih 100,000 Hits Setiap Bulan.
By: Artis Glamer

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 26-May-2007 14:01 Email | Share | Bookmark
MILA JUARA AF5 - KECIL-KECIL CILI PADI

 
 
 
 
 
MILA JUARA AF5 - KECIL-KECIL CILI PADI
Contributed by Not @ Sentul


"Saya dah biasa hidup susah… Mak kerja kilang dan bapa hanya pengawal keselamatan… Saya diajar berusaha keras untuk mencapai apa yang saya mahu… Sebab itu dalam AF, saya buat sungguh-sungguh…"


"Niat saya masuk AF sebab ingin belajar… Kalau mahu mendaftar kelas sebegitu di luar, saya tak mampu, harganya mahal menjangkau ribuan ringgit."


"Memang saya teringin nak menang… tapi bila direnungkan balik, hati saya berdetik, mana mungkin? Mesti lelaki yang menang lagi…"


Akhirnya, seorang pelajar wanita berjaya menjuarai Akademi Fantasia. Program Realiti TV musim kelima ini mencatat sejarah apabila Norsyamila Jirin, 19, atau Mila menjadi pelajar wanita pertama yang meraih gelaran juara. Mila yang membawakan lagu Cinta Pura-pura & Persis Mutiara pada konsert akhir program tersebut menewaskan 4 lagi peserta iaitu Ebi, Aswad, Heliza & Candy. Ternyata Mila telah bersungguh-sungguh mengumpul pengalaman dan ilmu dari tenaga pengajar di akademi, dan kejayaannya adalah sesuatu yang tidak perlu dipersoalkan. Mila adalah antara pelajar yang mendapat undi yang rendah di awal musim, namun peningkatan mutu vocal dan persembahannya telah berjaya memukau ramai pengundi yang biasanya mementingkan paras rupa dan gaya personaliti. Mila amat disenangi oleh para pengkritik di AF5 walaupun mempunyai ketinggian pada hanya 4 kaki 10 inci. Kelantangan vocal gadis yang berasal dari Pulau Pinang ini amat dikagumi oleh para peminat Akademi Fantasia. Malah Datuk Siti Nurhaliza sendiri menggelarnya "Kecil-kecil Cili Padi" pada konsert kesembilan. Syabas Mila!


Advertorial
Click here to Join Artis Glamer Fan Club!!


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net