ARTIS GLAMER
Majalah Hiburan Online Terhangat Masa Kini. Berita Terkini & Sensasi Industri Seni Serantau. Lebih 100,000 Hits Setiap Bulan.
By: Artis Glamer

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 26-May-2007 14:14 Email | Share | Bookmark
WARIS JARI HANTU di pawagam 31 Mei 2007...

 
 
 
 
 
 
 
WARIS JARI HANTU di pawagam 31 Mei 2007...
Contributed by Nory @ Puchong


Filem terbaru Shuhaimi Baba, Waris Jari Hantu hanya menelan belanja yang rendah sebanyak RM1.5juta, mengunakan teknologi HD, CGI dan Dolby Stereo Surround. Pengambaran hanya mengambil masa hanya 35 hari yang dijalankan di Bahau, Negeri Sembilan, Tambun, Ipoh dan sekitar Lembah Klang adalah sesuatu yang patut dibanggakan.


Waris Jari Hantu, sebuah kisah cinta terhalang, kesetian, tradisi mistik sebuah keluarga yang menyimpan misteri semangat harimau iaitu harimau saka. Melalui nilai adat dan tradisi lama ini, seorang gadis yang kehilangan cinta sejati terhadap seorang lelaki lembut akhirnya menemui ketenangan.


Lagu tema, Kasih Tercipta yang dinyanyikan oleh Faizal (One in a Million) dan lagu Tika dinyanyikan oleh Tria (Audition) pasti menyentuh hati.


Filem ini merupakan gabungan pertama kerjasama antara Pesona Pictures dan Grand Brilliance Sdn Bhd. Filem ini turut mendapat kerjasama dari pihak Celcom sebagai rakan media. Pastikan anda buka hati dan minda untuk menonton filem yang akan ditayangkan serentak pada 31 Mei 2007 ini.


Advertorial

e-mail myfotopages@gmail.com to contribute articles or to advertise


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net