ARTIS GLAMER
Majalah Hiburan Online Terhangat Masa Kini. Berita Terkini & Sensasi Industri Seni Serantau. Lebih 100,000 Hits Setiap Bulan.
By: Artis Glamer

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 31-May-2007 11:52 Email | Share | Bookmark
ADIBAH NOR TERLALU ISTIMEWA?

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
ADIBAH NOR TERLALU ISTIMEWA?
Contributed by Giggs @ Gombak


Mungkin ramai yang tidak sedar tentang kehebatan vokal Adibah Nor. Kejayaan Adibah menyapu bersih kemenangan di Juara Lagu sudah cukup untuk meletakkan Adibah setaraf dengan Ning Baizura, Siti Nurhaliza, Kris Dayanti dan Ruth Suhanaya. Walaupun Adibah adalah yang terbesar diantara mereka, namun popularitinya masih tidak sebesar diva yang lain.


Malah Jaclyn Victor sendiri mengakui bahawa beliau adalah peminat Adibah Nor. Beliau sentiasa mengharapkan kemenangan Adibah disetiap pencalonan anugerah yang ada. Jaclyn sendiri pernah mengakui bahawa kekuatan vokal Adibah adalah jauh lebih mantap daripadanya. Adibah Nor juga merupakan idola artis AF3 iaitu Kaer. Beliau telah lama meminatinya. Minat Kaer terhadap Adibah bermula sebelum Kaer melangkah ke Akademi Fantasia lagi. Malah Kaer sanggup berusaha untuk menyaksikan sesuatu konsert yang disertai Adibah biarpun sebagai penyanyi jemputan. Kaer juga pernah mendaftar menjadi ahli kelab peminat Adibah Nor.


Kejayaan Adibah Nor pada anugerah Hits di Stadium Malawati Shah Alam merupakan satu lagi pengiktirafan kepada kekuatan muzik dan vokal. Lagu Terlalu Istimewa ciptaan Azlan Abu Hasan dan lirik oleh Adibah sendiri, telah membawa pulang RM25000, sijil & trofi. Tidak kurang dari itu, Adibah juga turut memenangi Persembahan Terbaik pada malam tersebut dan membawa pulang RM5000, trofi & sijil. Bagi Adibah, beliau terkejut kerana menyangka lagu Nafas Cinta yang akan menjadi Juara.


Tempat kedua telah dimenangi oleh Misha Omar dengan lagu Nafas Cinta. Manakala Mawi dengan lagu Kian, memenangi Lagu Paling Popular berdasarkan undian SMS. Juri pada malam tersebut ialah Wah Idris, Nurul, S.Atan, Helen Yap & Asnawi Mutaah. Walau bagaimanapun, adakah Adibah akan menjadi seorang lagi 'one hit wonder' hanya dengan lagu Terlalu Istimewa? Sebagai seorang penyanyi berbakat, Adibah sepatutnya kini mempunyai lebih banyak pilihan lagu sendiri untuk dinyanyikan. Namun sampai bilakah Adibah akan terus mendendangkan lagu Terlalu Istimewa? Diharap lebih ramai composer yang akan sudi bekerjasama dengan penyanyi mantap ini!


Advertorial

Click here to Join Artis Glamer Fan Club!!


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net