ARTIS GLAMER
Majalah Hiburan Online Terhangat Masa Kini. Berita Terkini & Sensasi Industri Seni Serantau. Lebih 100,000 Hits Setiap Bulan.
By: Artis Glamer

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 31-May-2007 12:12 Email | Share | Bookmark
ADUH! SUSAHNYA MENCARI PASANGAN MAWI

 
 
ADUH! SUSAHNYA MENCARI PASANGAN MAWI
Contributed by Azura @ Tmn Samudra


Kini sudah sampai bulan Jun, namun pencarian heroin filem Aduh Saliha masih menemui jalan buntu. Pelbagai nama telah dikaitkan dengan watak Saliha bagi filem tersebut namun tiada satu pun yang sesuai di mata pengarahnya, M. Nasir. Ramai juga yang telah menghadiri ujibakat, ada juga dari kalangan bukan artis. Malah M. Nasir sendiri tidak menetapkan bahawa watak tersebut harus dibawa oleh seorang artis atau pelakon. Ia terbuka kepada sesiapa sahaja, tetapi harus sesuai untuk digandingkan dengan Mawi dan serasi dengan perwatakkan Saliha.


Watak Saliha digambarkan sebagai seorang yang cantik, berpersonaliti menarik, diminati ramai, bersifat ingin tahu dan matang. Antara nama yang pernah dikaitkan dengan peranan tersebut termasuk Sharifah Aleeya, Sharifah Amani, Natasya Hudson dan Heliza AF5. Turut digembar-gemburkan ialah seorang wartawan jelita dari sebuah syarikat berita online berbahasa melayu. M.Nasir mengesahkan bahawa nama Heliza AF5 memang ada dalam senarai pertimbangannya, namun beliau masih belum membuat keputusan. Sementara itu, wartawan jelita tersebut juga turut mencuri tumpuan teka-teki heroin filem Aduh Saliha apabila muncul bersama Mawi di majlis pelancaran Medalion Asmawi Ani. Apa yang menarik, wartawan tersebut dilaporkan duduk di sebelah Mawi semasa membuat liputan majlis tersebut. Walau bagaimanapun, Mawi menafikan bahawa beliau telah tahu tentang siapa pemegang watak Saliha.


Advertorial

e-mail myfotopages@gmail.com to contribute articles or to advertise


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net