ARTIS GLAMER
Majalah Hiburan Online Terhangat Masa Kini. Berita Terkini & Sensasi Industri Seni Serantau. Lebih 100,000 Hits Setiap Bulan.
By: Artis Glamer

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 5-Jun-2007 14:54 Email | Share | Bookmark
ABISHEK & AISHAWARYA BERBULAN MADU

 
 
 
 
 
 
 
 
ABISHEK & AISHAWARYA BERBULAN MADU
Contributed by Azura @ Tmn Samudra


Sejak perkahwinan besar mereka, Abishek & Aishawarya telah pergi berbulan madu di eropah selama lebih sebulan. Banyak tempat yang telah mereka lawati sepanjang percutian mereka. Antara yang menarik ialah kemunculan mereka bersama di karpet merah majlis pembukaan Festival Filem Antarabangsa Cannes. Sebenarnya, mereka memang sepatutnya menghadiri majlis tersebut kerana Aishawarya terikat dengan kontrak L’Oreal Paris sebagai duta produk tersebut.


Selepas itu mereka terus meninggalkan Cannes. Maka timbul pula kontroversi apabila kedua-dua pasangan tersebut tidak hadir untuk tayangan filem Guru, lakonan mereka. Kesemua pelakon filem tersebut hadir di karpet merah kecuali mereka berdua menyebabkan pengarah dan pihak produksi filem tersebut amat kecewa.


Kini, Abishek dan Aishawarya telah kembali ke India. Abishek akan memulakan penggambaran filem terbarunya, Chunari Mein Daag dalam bulan ini. Manakala Aishawarya pula terus ke lokasi bagi menghabiskan penggambaran filem Ashtosh Gowarikar Jodha Akbar. Filem ini akan mula ditayangkan pada bulan Oktober. Aishawarya juga dijangka akan membintangi sebuah lagi filem Hollywood, Singularity pada awal tahun depan.


view all photos.... Click Here![/i][/url]

Advertorial

Click here to Join Artis Glamer Fan Club!!


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net