ARTIS GLAMER
Majalah Hiburan Online Terhangat Masa Kini. Berita Terkini & Sensasi Industri Seni Serantau. Lebih 100,000 Hits Setiap Bulan.
By: Artis Glamer

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 11-Jun-2007 12:05 Email | Share | Bookmark
NING BAIZURA KE PENTAS EROPAH

 
 
 
 
 
 
NING BAIZURA KE PENTAS EROPAH
Contributed by Giggs @ Gombak


Baru-baru ini, Ning Baizura telah sibuk dengan rakaman album Inggeris untuk pasaran Eropah. Beliau telah berlepas ke London pada 5 Mei lalu bersama Pengurus Vernon Kedit & Azmi Jamsari. Rakaman & penggambaran kulit album pula bermula pada 7 Mei.


Pemilihan lagu untuk album ini dilakukan oleh Marco, Penerbit Eksekutif dari Itali. Selain itu, komposer terkenal Britain, Scobie, turut menyumbangkan lagu. Beberapa lagu popular Ning cuba dimuatkan untuk memperkenalkan komposer tempatan. Namun, lagu Drama ciptaan Audi Mok jadi pilihan Marco dan liriknya dialih ke bahasa Inggeris. Menurut Marco, lagu tersebut sesuai dengan konsep album selepas mendapat sedikit gubahan. Ning bekerja kuat sepanjang minggu pertama dan tak berpeluang untuk jalan-jalan sebab jadual padat. Walau penat, Ning sedar peluang ini takkan datang lagi dan beliau sentiasa beri tumpuan penuh. Marco juga kagum dengan kebolehan Ning menyanyikan dan menghayati kesemua 13 lagu. Ning berharap usaha ini akan memberi hasil yang baik untuk dirinya dan industri muzik di Malaysia.


Usaha merakam album Inggeris telah diuruskan oleh syarikat Ning & Associates bersama Orinikos Pte Ltd sejak setahun lalu. Persembahan Ning di Itali, Monte Carlo dan France pada tahun 2005 merupakan satu taruhan untuk melihat pasaran dan permintaan masyarakat di sana. Usaha gigih Pengarah Urusan Orinikos Pte Ltd, Luigi Bagona amat dihargai Ning. Beliau benar-benar mahu mengetengahkan bakat Ning dengan mengatur beberapa persembahan di kelab-kelab terkemuka di Eropah sejak 2 tahun lalu. Luigi mempunyai perancangan besar untuk album Inggeris Ning termasuk memasarkannya ke seluruh Eropah & Amerika. Ning akui beliau tidak pernah bermimpi sejauh ini, namun beliau yakin tuhan yang menentukan rezekinya. Dan sekiranya berusaha, pasti berjaya!


Advertorial

e-mail myfotopages@gmail.com to contribute articles or to advertise


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net