ARTIS GLAMER
Majalah Hiburan Online Terhangat Masa Kini. Berita Terkini & Sensasi Industri Seni Serantau. Lebih 100,000 Hits Setiap Bulan.
By: Artis Glamer

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 14-Jun-2007 13:36 Email | Share | Bookmark
PERTUNANGAN INA NAIM & SUHAIMI

 
 
PERTUNANGAN INA NAIM & SUHAIMI
Contributed by Eiena @ KL

Baru-baru ini, para peminat dikejutkan dengan pertunangan Diana Naim (Ina) dan Suhaimi Saad (Suhaimi). Ina berusia 23 tahun merupakan penyanyi baru yang memiliki sebuah album berjudul 'Duhai Hati'. Manakala, Suhaimi merupakan bekas anggota kumpulan nasyid 'Inteam' yang juga seorang guru bahasa arab di sebuah sekolah agama di Kuantan. Majlis pertunangan mereka telah berlangsung pada 6 Jun 2007 di Felcra Sungai Ara, Kota Tinggi, Johor. Sebanyak RM10,000 telah ditetapkan sebagai wang hantaran.

"Sebelum ini, saya dan Suhaimi tidak sampai ke tahap bercinta, kami mula kenal sejak saya menjadi artis Hijjaz, jadi kami sama-sama sebumbung. Suhaimi melatih vokal saya untuk pertandingan Hits 1, dari situ kami mula rapat dan saya diam-diam terpikat dan menaruh harapan terhadap dia", Ina.

"Kami sering berbual dan bertanya khabar, tidak pernah terluah pun perkataan sayang dan cinta, rindu adalah... Sempena cuti sekolah, Ina mengajak saya sekeluarga berkunjung ke rumahnya, kedua ibubapa saya mengetahui mengenai perhubungan kami, ayah saya memberi idea agar kunjungan itu membawa hajat untuk meminang Ina. Sehari sebelum berkunjung ke Kota Tinggi, perkara itu dimaklumkan kepada keluarga Ina dan mereka bersetuju", Suhaimi.


Advertorial

e-mail myfotopages@gmail.com to contribute articles or to advertise


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net