ARTIS GLAMER
Majalah Hiburan Online Terhangat Masa Kini. Berita Terkini & Sensasi Industri Seni Serantau. Lebih 100,000 Hits Setiap Bulan.
By: Artis Glamer

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 20-Jun-2007 12:26 Email | Share | Bookmark
DIVA – SEBUAH FILEM MUZIKAL

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
ADAM FAN CLUB PUN DATANG...
 
 
 
 
 
DIVA – SEBUAH FILEM MUZIKAL
Contributed by Giggs @ Gombak

Filem Diva menggabungkan latar budaya pembikin di antara tiga buah negara. Para pelakonnya adalah dari Malaysia dan Indonesia manakala pengarah dan krew teknikalnya adalah dari India. Barisan pelakon terdiri dari Ning Baizura, Awal Ashaari, Adam AF2, Balkish & AC Mizal dari Malaysia, manakala Jeremy Thomas, Shenny Andrea & Jessica dari Indonesia. Filem ini diarah oleh Sharad Sharan dari India.

Pengarah filem Diva, Sharad Sharan menganggap projek ini sebagai satu peluang baginya untuk membawa kepakaran dari India dan pelakon dari Indonesia bersama rakyat Malaysia menerbitkan sebuah filem yang dapat menghiburkan pelbagai lapisan penonton dipersada ini. “Penonton dipersada nusantara ini akan mendapat pendedahan tentang kebolehan pelakon Malaysia dan kecantikan lokasi di negara ini. Penonton akan terhibur dengan filem yang sesuai untuk semua generasi. Filem ini juga agak rancak, drama yang hebat dan penuh dengan elemen keremajaan.”

Filem ini mungkin tidak hanya memenuhi citarasa penonton Malaysia, malah usaha menggabungkan selera penonton serantau harus diberi pujian. Filem ini juga harus dilihat sebagai langkah pertama membawa filem melayu ke pentas global. Diva juga akan mencipta sejarahnya tersendiri apabila menemui penonton serentak di lima buah negara iaitu Malaysia, Indonesia, Singapore, Brunei dan India pada penghujung Jun 2007.


Saksikan filem DIVA di pawagam mulai 28 Jun 2007...

Advertorial

e-mail myfotopages@gmail.com to contribute articles or to advertise


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net