ARTIS GLAMER
Majalah Hiburan Online Terhangat Masa Kini. Berita Terkini & Sensasi Industri Seni Serantau. Lebih 100,000 Hits Setiap Bulan.
By: Artis Glamer

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 20-Jun-2007 12:39 Email | Share | Bookmark
PETERPAN TELAH KEMBALI

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
PETERPAN TELAH KEMBALI
Contributed by Arni Yeti @ Medan, Indonesia.


Ramai yang tertanya-tanya ke mana menghilangnya kumpulan kesayangan mereka dari Indonesia yang pernah meletup dengan lagu hit, 'Mungkin Nanti'. Peterpan kini kembali dengan album terbaru mereka, 'Hari Yang Cerah' untuk mengubat kerinduan para peminat.

Penyanyi utamanya, Ariel memberitahu bahawa mereka sibuk menggubah dan menyempurnakan lagu-lagu untuk dimuatkan ke dalam album ini. Album terbaru ini merupakan hadiah istimewa untuk peminat yang sabar menanti kemunculan semula Peterpan. Menurutnya lagi, mereka memerlukan masa yang agak lama untuk menghasilkan sebuah karya yang terbaik dan positif seperti ini. Tidak hairanlah kehilangan mereka amat dirasai peminat.

Selain dari mempunyai vokal yang mantap, Ariel juga merupakan pencipta lagu 'Menghapus Jejakmu' yang agak rancak dan masih mengutamakan irama pesona pop. Tiada perubahan besar pada konsep asal Peterpan, kesemua 10 buah lagu yang dimuatkan ke dalam album 'Hari Yang Cerah' mempunyai tarikan tersendiri. Album ini telah terjual sebanyak 200,000 unit di Indonesia dalam masa sebulan, dan 15,000 unit dalam masa 4 hari sejak dilancarkan di Malaysia.


Advertorial

Click here to Join Artis Glamer Fan Club!!


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net