ARTIS GLAMER
Majalah Hiburan Online Terhangat Masa Kini. Berita Terkini & Sensasi Industri Seni Serantau. Lebih 100,000 Hits Setiap Bulan.
By: Artis Glamer

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 21-Jun-2007 11:22 Email | Share | Bookmark
MAMPUKAH MAWI TERUS BERTAHAN?

 
 
 
 
MAMPUKAH MAWI TERUS BERTAHAN?
Contributed by Nazs @ Sepang


Baru-baru ini beberapa peminat yang hadir ke konsert Mawi sempena sambutan hari ibu mengadu bosan dengan persembahan silap mata Mawi. Persembahan Mawi di Palace of The Golden Horses itu tidaklah sehebat yang disangka, malah ada yang rimas dengan persembahan silap mata tahap sekolah rendah yang dipersembahkan oleh Mawi. Ada juga peminat yang bosan sehingga menjerit meminta Mawi menyanyi dari buat magic.


Apa yang lebih menakutkan ialah jualan album terbarunya, Satu Dalam Seribu hanya terjual sebanyak 50,000 unit sahaja setakat ini. Biasanya album Mawi akan terjual sehingga lebih dari 100,000 dalam masa yang singkat. Keadaan ini mungkin berpunca dari kelembapan pasaran album yang sedang melanda industri muzik tanahair. Atau mungkin populariti Mawi yang semakin pudar kerana auranya yang semakin malap?


Advertorial

e-mail myfotopages@gmail.com to contribute articles or to advertise


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net