ARTIS GLAMER
Majalah Hiburan Online Terhangat Masa Kini. Berita Terkini & Sensasi Industri Seni Serantau. Lebih 100,000 Hits Setiap Bulan.
By: Artis Glamer

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 21-Jun-2007 12:01 Email | Share | Bookmark
KEGIGIHAN NING ANGKAT DIVA

 
 
 
GEORGOUS AMANI?
Contributed by Noorazam @ Kuala Lumpur



Advertorial

e-mail myfotopages@gmail.com to contribute articles or to advertise






KEGIGIHAN NING ANGKAT DIVA
Contributed by Giggs @ Gombak


Ning Baizura telah membuat kejutan apabila muncul di GSC MidValley sempena majlis pratonton tayangan filem Diva. Ning yang ditemui oleh salah wartawan Artis Glamer dalam penerbangan ke Jakarta pada awal pagi Isnin lalu, bergegas pulang pada awal pagi Selasa bagi mempromosi filem tersebut. Sikap profesional dan komitmen Ning amat mengejutkan para peminat dan wartawan yang hadir. Walaupun sibuk dengan persembahan serta menyiapkan album Inggeris terbarunya, beliau masih mampu mengukir senyuman untuk bermesra dengan peminat dan wartawan.


Kegigihan Ning turut dicurahkan dalam filem Diva dimana beliau memegang watak Kartika yang bertungkus-lumus menggilap bakat sekumpulan penyanyi remaja. Malah, selain dari berlakon membawakan watak utama dalam filem tersebut, Ning turut menyanyikan lagu tema iaitu 'Bintang Impianku'. Kekuatan Ning turut diakui oleh pengarah filem Diva, Sharad Sharan yang amat yakin bahawa persembahan Ning dalam filem ini merupakan yang terbaik di sepanjang penglibatannya dalam filem. Saksikan Ning Baizura sebagai Kartika dalam filem Diva yang akan mula ditayangkan di pawagam pada 28 Jun ini yang juga merupakan tarikh hari lahir Ning....


Saksikan filem DIVA di pawagam mulai 28 Jun 2007...

Advertorial

Click here to Join Artis Glamer Fan Club!!


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net