ARTIS GLAMER
Majalah Hiburan Online Terhangat Masa Kini. Berita Terkini & Sensasi Industri Seni Serantau. Lebih 100,000 Hits Setiap Bulan.
By: Artis Glamer

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 25-Jun-2007 12:16 Email | Share | Bookmark
SITI SEMAKIN MATANG DALAM KEHIDUPAN RUMAHTANGGA

 
 
 
 
 
 
SITI SEMAKIN MATANG DALAM KEHIDUPAN RUMAHTANGGA
Contributed by Ina @ Bukit Antarabangsa


Apa kata Datuk Siti Nurhaliza menjelang ulangtahun pertama perkahwinannya pada bulan Ogos nanti?


"Biasalah, bumi mana tidak ditimpa hujan, tetapi kita perlulah banyak bersabar. Kekuatan iman juga penting dalam mencari kebahagiaan hidup dan setiap kali selepas solat, saya pasti menadah tangan berdoa kepada yang maha esa semoga rumah tangga yang dibina berkekalan ke akhir hayat"
"Saya dan suami semakin serasi serta perlahan-lahan berusaha memahami diri masing-masing. Sehingga hari ini, segalanya berjalan dengan baik. Pun begitu, apabila sudah bergelar isteri, saya perlu melalui kehidupan baru yang pastinya tidak sama lagi ketika bujang dahulu"
"Dalam apa jua keadaan, saya harus taat pada suami dan memahami kerjayanya sebagai ahli perniagaan. Insya-Allah, rumah tangga akan selamat jikalau suami isteri saling mempercayai dan menghormati perasaan masing-masing"


"Saya berharap, tidaklah terlalu lama menunggu untuk menjadi seorang ibu kerana saya sudah bersedia menerima orang baru dalam hidup dan suami pada bila-bila masa saja"
"Mudah-mudahan Allah makbulkan doa kami berdua pada masa terdekat ini. Namun begitu, terpulang kepada rezeki yang Allah akan bagi pada kami berdua nanti"
"Saya tidak mengambil sebarang pil kesuburan dan seumpamanya, hanya bertemu pakar untuk mendapatkan khidmat nasihat. Sekarang saya tidak mahu terlalu memikirkannya kerana tekanan juga boleh memberi kesan kepada diri saya untuk hamil"


Advertorial

e-mail myfotopages@gmail.com to contribute articles or to advertise


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net