ARTIS GLAMER
Majalah Hiburan Online Terhangat Masa Kini. Berita Terkini & Sensasi Industri Seni Serantau. Lebih 100,000 Hits Setiap Bulan.
By: Artis Glamer

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 25-Jun-2007 12:35 Email | Share | Bookmark
JAC DERITA SEBELUM BERJAYA

 
 
 
 
JAC DERITA SEBELUM BERJAYA
Contributed by Giggs @ Gombak

Kejayaan Jaclyn Victor sebagai penyanyi tidak pernah membuatkannya lupa diri atau bersikap kacang lupakan kulit. Jac telah bertahun-tahun menghadapi pelbagai dugaan dan kegetiran hidup. Namun beliau tidak kesal dengan apa yang berlaku, malah menjadikan dirinya lebih cekal dan kuat. Lagu dalam album kedua, Satu Harapan mempunyai persamaan dengan kisah hidupnya.

Jac tidak pernah merasai kesenangan hidup semasa kecil. Bapa Jac meninggal dunia ketika beliau berusia 10 tahun. Selain beliau 3 lagi adiknya, Justin 8, Jerad 7 dan Julian 5 masih memerlukan perhatian ketika itu. Pemergian bapa secara mengejut membuatkan ibunya hilang arah hidup. Ketika orang sibuk melawat mendiang bapanya, ibunya bagai orang bingung, tidak makan atau tidur, malah hanya duduk ditepi keranda. Sehinggalah doktor dipanggil untuk memberikannya suntikan agar kembali tenang. Pada mulanya, keluarga Jac hanya meneruskan hidup dengan wang yang diderma oleh masyarakat. Namun, demi anak-anak, ibunya kembali bangkit, hidup berdikari dan mula melakukan 2-3 kerja dalam satu hari.

Sejak di bangku sekolah, ibunya mengajar beliau dan adik-adiknya hidup berjimat. Duit belanja sekolah sekadar cukup untuk untuk membeli makanan. Pada usia yang muda Jac dan adik-adik terpaksa membuat pilihan samaada ingin menggunakan duit belanja untuk makan disekolah atau menaiki bas. Sekiranya ingin menaiki bas terpaksalah mereka berlapar, sekiranya mahu makan terpaksalah berjalan kaki ke sekolah. Pengalaman tersebut membuatkan Jac menghargai setiap sen yang diperolehi apabila menjadi penyanyi.

Walaupun segelintir masyarakat memandang rendah terhadap wanita yang menyanyi di kelab malam, ibunya tidak kata sepatah pun apabila Jac menyanyi bersama kumpulan JJEDS selepas tamat persekolahan. Ibunya faham bahawa jac memerlukan wang untuk meringankan bebannya dan membantu persekolahan adik-adiknya. Pelbagai tohmahan dan cacian orang, mereka telan bersama. Pengalaman ini membuakan Jac tabah menghadapi pelbagai kenyataan buruk dari mereka yang tidak puas hati dengannya.

Kini setelah berjaya, Jac yakin bahawa beliau tidak akan berubah sikap dan meninggikan diri. Beliau amat menghargai apa yang dimilikinya sekarang dan terus menjadi dirinya yang sebenar.
Selepas menjadi juara Malaysian Idol, Jac telah memenangi beberapa anugerah lain termasuk kemenangan di AIM baru-baru ini. Paling terkini ialah apabila Rejoice memilih beliau menjadi duta produk tersebut.


Advertorial

Click here to Join Artis Glamer Fan Club!!


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net