ARTIS GLAMER
Majalah Hiburan Online Terhangat Masa Kini. Berita Terkini & Sensasi Industri Seni Serantau. Lebih 100,000 Hits Setiap Bulan.
By: Artis Glamer

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 28-Jun-2007 12:41 Email | Share | Bookmark
SIVAJI: THE BOSS

 
 
 
 
 
 
SIVAJI: THE BOSS
Contributed by Rao @ Jalan Raja Laut, KL.


Tidak dapat dinafikan lagi bahawa filem blockbuster terbaru, Sivaji: The Boss, merupakan filem tamil paling berjaya. Filem lakonan Superstar nombor satu India, Rajnikanth ini membuktikan bahawa beliau masih lagi raja perfileman India. Rajnikanth, 57 tahun, dianggap dewa oleh sebahagian besar masyarakat tamil. Walaupun mengenepikan peluang menjadi ahli politik berdasarkan pengaruh beliau, namun Rajnikanth tetap aktif membuat kerja-kerja amal seperti mewujudkan tabung kemiskinan, membina sekolah rakyat dan sebuah hopital di Chennai India. Pelbagai amal kebajikkan beliau turut ditonjolkan dalam filem Sivaji: The Boss.

Filem ini menelan belanja RM5.83 juta yang juga merupakan filem termahal India. Rajnikanth juga mencipta sejarah sebagai pelakon yang menerima bayaran tertinggi di India apabila membawa pulang RM1.36 juta. Kekuatan utama filem ialah karektor Rajnikanth yang merupakan gabungan beberapa karektor dari filem-filem hits Rajnikanth yang terdahulu. Selain itu, ketelitian set penggambaran, muzik dan tarian yang menarik serta barisan pelakon yang terkenal turut menyumbang kepada kejayaan Sivaji: The Boss. Gandingan Rajnikanth dalam filem ini ialah Shriya Saran, 25 tahun, adalah jauh lebih muda darinya. Namun kebijaksaan Rajnikanth membawakan watak romantik berjaya menutup perbezaan usia yang ketara diantara kedua-dua pelakon utama. Ramai yang berpendapat filem ini adalah yang terbaik dari Rajnikanth. Muzik susunan A.R Rahman turut menjadikan filem ini sebagai satu pengalaman yang indah.

Sivaji: The Boss mula ditayangkan sejak 15 Jun lalu di 2,500 pawagam di seluruh dunia. Tempahan awal sebelum tayangan mencecah RM169,000.00 di 17 pawagam di Chennai. Dan di Malaysia, sebanyak RM5 juta telah berjaya di kutip sejak tarikh penayangan yang belum sampai 2 minggu sehingga kini. Laporan terkini dari England mendapati hasil tayangan filem Sivaji: The Boss telah mengatasi rekod Pirates of The Caribbean.


Advertorial

e-mail myfotopages@gmail.com to contribute articles or to advertise


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net