ARTIS GLAMER
Majalah Hiburan Online Terhangat Masa Kini. Berita Terkini & Sensasi Industri Seni Serantau. Lebih 100,000 Hits Setiap Bulan.
By: Artis Glamer

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 28-Jun-2007 13:07 Email | Share | Bookmark
Al Fatihah Buat Izi Yahya

 
Al Fatihah Buat Izi Yahya
Contributed by AG

Pelakon dan dramatis Izi Yahya yang cukup terkenal dengan lakonannya yang berani telah meninggal dunia pada hari ini di Hospital Johor Bahru pada jam 10.30 pagi kerana pendarahan otak. Pelakon yang berusia 45 tahun itu cukup sinonim dengan watak-watak negatif dan antagonis. Lakonan Izi Yahya akan tetap dikenang ramai kerana Allahyarham merupakan antara pewaris yang menyambung legasi pelakon legenda berwatak jahat dan bengis seperti Salleh Kamil dan A.Rahim. Izy amat popular dengan watak Jeff yang dilakonkannya dalam filem Ali Setan bersama Azmil Mustapha & Ogy Ahmad Daud.
Watak negatif yang ditangani arwah Izi Yahya mampu melakari sejarah perfileman dan akan meninggalkan impak dalam perkembangan industri filem Melayu. Izi pernah menggegarkan industri perfileman kerana aksi beraninya melakonkan watak tentera Jepun bernama Leftenan Akaishi dalam filem Embun pada tahun 2002. Aksi Izi telah membantu filem Embun dinobatkan sebagai Filem Terbaik di Anugerah Skrin ke 6 pada tahun 2003. Pelakon berbakat besar itu telah berlakon dalam puluhan drama dan yang terbaru adalah Rahsia Sebuah Pengorbanan dan Kalau Kasih Masih Ada.


Al-Fatihah...

Advertorial

e-mail myfotopages@gmail.com to contribute articles or to advertise


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net