ARTIS GLAMER
Majalah Hiburan Online Terhangat Masa Kini. Berita Terkini & Sensasi Industri Seni Serantau. Lebih 100,000 Hits Setiap Bulan.
By: Artis Glamer

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 1-Jul-2007 09:28 Email | Share | Bookmark
FAZURA SEMAKIN POPULAR DI SINGAPURA

 
 
 
 
 
FAZURA SEMAKIN POPULAR DI SINGAPURA
Contributed by Faridah @ Pasir Ris


Pelakon jelita, Fazura dilaporkan kini mempunyai ramai peminat di seberang Tambak Johor. Drama bersiri Gol & Gincu lakonannya ditayangkan setiap Selasa di Singapura melalui saluran Suria berjaya menarik ramai penonton. Ada juga khabar yang mengatakan bahawa drama tersebut bukan sahaja menarik ramai peminat remaja, malah turut menghiburkan ramai penonton dewasa. Fazura dijangka akan kekal dalam Gol & Gincu musim kedua yang akan mula penggambaran tidak lama lagi.

Populariti Fazura di Singapura juga semakin luas apabila digosipkan dengan Hady Mirza oleh media di sana. Ada peminatnya yang mendakwa pernah ternampak Juara Singapore Idol tersebut menghantar Fazura di Lapangan Terbang Changi. Namun Fazura enggan memberi sebarang jawapan apabila ditanya oleh para media mengenai gosip itu.

Walaupun dibelenggu pelbagai gossip dan kontroversi, pelakon yang diletakkan dalam 10 senarai selebriti tercantik di Malaysia ini ialah seorang yang gigih dan aktif dalam bidang seni. Selain dari menjadi pengacara MTV, beliau juga turut berlakon dalam drama TV seperti Gol & Gincu dan Datin Diaries. Namun, bagi peminat yang masih tidak puas dengan melihat Fazura dikaca TV, akan berpeluang menyaksikan beliau di layar perak dalam filem Kayangan yang akan mula ditayangkan di pawagam awal Ogos nanti. Fazura memegang watak utama dalam filem ini.


Advertorial

Click here to Join Artis Glamer Fan Club!!


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net