ARTIS GLAMER
Majalah Hiburan Online Terhangat Masa Kini. Berita Terkini & Sensasi Industri Seni Serantau. Lebih 100,000 Hits Setiap Bulan.
By: Artis Glamer

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 1-Jul-2007 09:52 Email | Share | Bookmark
KAYANGAN THE SOUNTRACK, GABUNGAN VOKAL MANTAP

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
KAYANGAN THE SOUNTRACK, GABUNGAN VOKAL MANTAP
Contributed by Giggs @ Gombak


Ning Baizura, Siti Nurhaliza, Farah AF dan Siti Sarah adalah antara penyanyi terkenal yang mendendangkan lagu-lagu hasil ciptaan komposer terkenal, Ajai dalam album soundtrack filem Kayangan. Zahid AF, Shazzy, Syed Azmir, Sad Angry Babies (SAB) dan Ajai turut menyumbangkan suara untuk album ini. Tidak cukup dengan itu, penampilan istimewa oleh Tunku Dato' Seri Mimi Wahida Wahman yang turut memperdengarkan vokalnya pasti memberi kepuasan maksimum kepada para pendengar. Tunku Dato' Seri Mimi adalah merupakan pencetus idea kearah penghasilan filem Kayangan.

Sebanyak sepuluh buah lagu dimuatkan ke dalam album soudtrack Kayangan. Lapan darinya adalah hasil karya komposer terkenal, Ajai. Penulisan lirik oleh Loloq, Abie Abdullah dan Musa Exist juga bakal memberikan peminat satu penghayatan yang mendalam. Mutu lagu-lagu ciptaan Ajai amat menyerlah dengan kerjasama Sham Kamikaze dan Omar (SAB) dalam susunan muzik. Selain dari manggabungkan vokal-vokal mantap penyanyi terkenal, kompilasi lagu rentak irama balada, R&B, soul, hip-hop dan rock turut memeriahkan album ini. Gabungan vokalis tersohor serta variasi irama lagu dalam album ini dilihat sebagai faktor yang mampu menghiburkan pelbagai lapisan peminat tanpa mengenal usia.


Lagu-lagu yang dimuatkan dalam album ini ialah:
MENANTI PASTI - Siti Nurhaliza
UNGKAPAN TERINDAH - Ning Baizura
CARA YANG BERBEZA - Siti Sarah
GEMBIRA HIDUP INI - Farah AF
KAYANGAN - Ajai & Tunku Mimi
PERLUKAH - Zahid AF Feat Shazzy
REDUPAN KAYANGAN - Ajai
SABARLAH - SAB
KUASA CINTAMU - Syed Azmir
TERAKHIR - SAB

Persefahaman dalam kerjasama di antara Wake The Baby Records, Raden Pictures dan Maestro Records akhirnya berjaya menghasilkan satu produk yang amat mengkagumkan. Sentuhan kreatif Ajai yang juga penerbit album ini pastinya akan membuatkan para peminat tidak sabar untuk menyaksikan filem Kayangan yang akan ke Pawagam pada 9 Ogos 2007.


Log on to Kayangan The Movie official website at www.kayangan.com.my...

Advertorial

e-mail myfotopages@gmail.com to contribute articles or to advertise


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net