ARTIS GLAMER
Majalah Hiburan Online Terhangat Masa Kini. Berita Terkini & Sensasi Industri Seni Serantau. Lebih 100,000 Hits Setiap Bulan.
By: Artis Glamer

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 5-Jul-2007 11:30 Email | Share | Bookmark
AMY MASTURA MASIH AKTIF

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
AMY MASTURA MASIH AKTIF
Contributed by Azura @ Tmn Samudra


Walaupun namanya kian pudar di pentas glamour tanahair, Amy Mastura sebenarnya masih aktif dalam bidang seni. Sehingga hari ini beliau tetap sibuk menghadiri undangan persembahan. Menurut Amy, beliau kini sedang sibuk dengan penggambaran drama Kirana yang baru siap 18 dari 26 episod kesemuanya. Selepas itu, Amy juga akan kembali ke set penggamabaran dalam bulan Ogos nanti untuk berlakon dalam sebuah filem komedi. Beliau begitu bersemangat untuk membintangi filem tersebut kerana ia adalah percubaan sulungnya dalam filem bercorak komedi. Menurutnya lagi, dia mungkin akan menghabiskan tahun 2007 untuk fokus terhadap kerjaya lakonannya.

Namun, bekas juara Asia Bagus 1993 itu tidak akan mengenepikan bidang nyanyian. Beliau sebenarnya masih berminat malah sedang merancang untuk menghasilkan satu lagi album tahun depan. Baginya, kehadiran album baru memang penting supaya peminat tidak lupa tentang seseorang artis itu. Amy akan mengekal imej pop seperti yang dibawanya selama ini. Lagu Cinta nyanyian Amy yang menjadi tema drama Puteri, masih mampu memikat hati pendengar dan pernah mengungguli carta radio selama beberapa minggu. Setelah 14 tahun bergelar artis, Amy tidak gentar dengan kehadiran bintang-bintang baru dari program realiti TV. Malah beliau menganggapnya ianya satu persaingan yang sihat kerana beliau sendiri datang dari rancangan sedemikian.


Advertorial

e-mail myfotopages@gmail.com to contribute articles or to advertise


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net