ARTIS GLAMER
Majalah Hiburan Online Terhangat Masa Kini. Berita Terkini & Sensasi Industri Seni Serantau. Lebih 100,000 Hits Setiap Bulan.
By: Artis Glamer

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 9-Jul-2007 12:20 Email | Share | Bookmark
MAWI BUKAN KETAGIHAN DADAH

MAWI BUKAN KETAGIHAN DADAH
Contributed by Azura @ Taman Samudra


Kalau dulu Mawi hanyalah seorang pemuda yang berasal dari sebuah felda di Johor, hari ini beliau ialah seorang lelaki yang kaya dan bergaya. Kalau dulu Mawi mungkin hanya memakai seluar Levi’s tiruan buatan Thailand, kini beliau mampu bergaya dengan bukan sahaja Levi’s yang original malah jenama-jenama terkenal eropah seperti Gucci and Louis Vuitton.Baru-baru ini, sekumpulan peminat terkejut melihat Mawi muncul dikhalayak ramai dengan pakaian jenama prestij itu.

Sebagai seorang artis, Mawi sudah pandai memilih dan menggayakan jenama-jenama terkenal. Perubahan Mawi amat dikagumi oleh ramai peminat industri muzik tanahair, dan sudah pasti cara pemakaiannya juga turut menjadi perhatian. Walaupun disaluti jenama mewah, beliau tetap dengan imej simple kegemarannya dan tidak terlebih gaya. Nampak gayanya selebriti dan fesyen tidak dapat dipisahkan.

Sementara itu, Mawi juga menafikan tuduhan bahawa beliau telah meminta seorang kenalan mendapatkan dadah semasa berada di Australia. Tuduhan yang dilemparkan itu menceritakan bahawa ketika bercuti bersama peminat di Australia dua bulan lalu, Mawi kelihatan resah dan menggigil seperti orang ketagihan dadah. Seorang kenalan telah disuruh mencari dadah untuknnya di pub berhampiran. Walau bagaimanapun, ikon Agensi Anti Dadah Kebangsaan itu menganggap cerita tersebut sebagai satu fitnah dan beliau amat kesal mengenainya. Beliau turut mengakui pernah menggigil di Australia, tapi ianya kerana kesejukan disana.


Advertorial

e-mail myfotopages@gmail.com to contribute articles or to advertise


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net