ARTIS GLAMER
Majalah Hiburan Online Terhangat Masa Kini. Berita Terkini & Sensasi Industri Seni Serantau. Lebih 100,000 Hits Setiap Bulan.
By: Artis Glamer

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 10-Jul-2007 00:01 Email | Share | Bookmark
"DONT TRY THIS AT HOME!" - SHARIFAH AMANI

"DONT TRY THIS AT HOME!" - SHARIFAH AMANI
Contributed by Naz @ Sepang


Sharifah Amani telah menjelaskan bahawa beliau memotong rambut sehingga botak kerana kerjayanya. Beliau tidak membotakkan kepalanya kerana suka-suka, bukan mencari publisiti, bukan untuk megadakan kontroversi dan bukan untuk menjadi trendsetter. Menurutnya, beliau terpaksa melakukannya bagi membawa watak Rohani dalam filem Muallaf. Dalam filem tersebut, kepala Rohani dibotakkan oleh bapanya sebagai hukuman kerana terlalu liar dan sering keluar meninggalkan rumah.

Walaupun enggan memberi sebarang komen atau menjawab terhadap isu haram yang dinyatakan oleh pakar-pakar agama, beliau mengakui bahawa beliau telah bertanya kepada beberapa orang sebelum membotakkan kepalanya. Tidak ada yang melarangnya sehinggalah beliau selesai membotakkan kepalanya dan disiarkan di muka hadapan akhbar tempatan. Amani turut berharap agar remaja lain agar tidak meniru atau ikut apa yang dilakukannya. Beliau yang menangis semasa rambutnya di potong, turut berpesan "dont try this at home!". Tambah Amani, beliau hanya melakukan kerjanya sebagai seorang pelakon yang perlu menjiwai watak yang diberikan.


Advertorial

e-mail myfotopages@gmail.com to contribute articles or to advertise


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net