ARTIS GLAMER
Majalah Hiburan Online Terhangat Masa Kini. Berita Terkini & Sensasi Industri Seni Serantau. Lebih 100,000 Hits Setiap Bulan.
By: Artis Glamer

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 16-Jul-2007 11:10 Email | Share | Bookmark
VIDEO KLIP SITI UNTUK PASARAN MALAYSIA-INDON

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
VIDEO KLIP SITI UNTUK PASARAN MALAYSIA-INDON
Contributed by Eiena @ KL


Datuk Siti Nurhaliza sekali lagi menggunakan khidmat pengarah Indonesia dalam pembikinan klip video terbarunya. Lagu Menanti Pasti ciptaan Ajai, adalah salah sebuah lagu yang dimuatkan dalam album Kayangan The Soundtrack. Album ini memuatkan sejumlah lagu untuk filem Kayangan lakonan Fazura dan Teuku Zacky yang akan ke pawagam Ogos ini.

Villa The Morocan House di Menteng, Jakarta, menjadi lokasi penggambaran klip video berkenaan yang menyaksikan Siti bagai berada di alam fantasi. Inilah kali pertama Siti bekerjasama dengan Hedy Suriawan, pengarah klip video tersebut.

Menurut Siti yang inginkan sedikit kelainan, beliau tidak berniat untuk membelakangkan kreativiti penerbit Malaysia. Hedy juga tampil dengan jalan cerita yang cukup menarik bagi lagu itu. The Morocan House pula merupakan tempat pertemuan dan mesyuarat kerabat raja dan VVIP. Villa itu juga sering dipilih untuk penggambaran klip video, sinetron dan filem Indonesia.

Produser Kayangan, Tunku Mimi Wahida berkata klip video berkenaan adalah salah satu single yang akan dipertaruhkan di Indonesia sebelum filem Kayangan menyusul tayangan di republik itu. Beliau turut menambah, penyanyi lain yang terbabit dalam album ini juga akan diperkenalkan di Indonesia. Tunku Mimi juga percaya populariti Siti dan artis yang terlibat akan menjadi pendorong bagi kejayaan album ini. Antara artis lain yang turut menyumbangkan suara untuk album ini ialah Ning Baizura, Siti Sarah, Farah AF, Zahid dan Shazzy.

Selain Ajai, selaku komposer dan produser album Kayangan The Soundtrack, Siti turut ditemani Tunku Datuk Seri Nadzaruddin Tuanku Ja'afar serta isterinya, Tunku Mimi Wahida di lokasi penggambaran. Suaminya, Datuk Khalid Mohd Jiwa yang hanya menjengah seketika kerana terpaksa bergegas menghadiri mesyuarat..


Log on to Kayangan The Movie official website at www.kayangan.com.my...

Advertorial

Click here to Join Artis Glamer Fan Club!!


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net