ARTIS GLAMER
Majalah Hiburan Online Terhangat Masa Kini. Berita Terkini & Sensasi Industri Seni Serantau. Lebih 100,000 Hits Setiap Bulan.
By: Artis Glamer

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 24-Jul-2007 02:27 Email | Share | Bookmark
MAJLIS PERTUNANGAN NING MERIAH

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
MAJLIS PERTUNANGAN NING MERIAH
Contributed by Nashua @ Shah Alam

Ning Baizura kini telah bergelar tunangan orang apabila disunting oleh Omar Sharif Christopher Layton Dalton, 33, yang berasal dari England. Majlis yang berlangsung di Shah Alam pada 19 Julai lalu, meriah dengan kehadiran lebih 300 orang tetamu serta disulami dengan acara berbalas pantun..
Pasangan ini berkenalan di majlis perkahwinan seorang rakan di Bali, Indonesia September tahun lalu. Ning mengakui hubungan mereka berputik dari cinta pandang pertama dan masih belajar mengenali hati masing-masing. Sebaik saja Ning membawa pulang Omar untuk diperkenalkan kepada ibubapanya, hubungan mereka terus direstui oleh ibu dan bapa Ning. Bapanya menganggap Omar sebagai lelaki inggeris yang mempunyai ciri-ciri orang timur, juga merupakan satu hadiah dari Ning.

Pada majlis yang penuh dengan adat istiadat melayu itu, pihak lelaki telah menyerahkan 5 dulang hantaran dan dibalas dengan 7 dulang dari pihak Ning Baizura. Pihak lelaki diketuai oleh Datuk Ramli Shamsuddin manakala Abdullah Mohd Syarif mewakili Sheikh Hamzah Ahmad, bapa Ning dalam majlis tersebut. Ibu angkat Omar, Datin Farida Hashim, telah menyarungkan cincin pertunangan bertatahkan berlian jenama Cartier ke jari Ning. Ning tampak anggun berseri dalam sepasang baju kurung putih rekaan Michael Ong.

Omar ialah seorang Pengurus Perunding di Landmark Graphics (M) Sdn Bhd, memeluk islam pada 4 Julai lalu di Islamic Outreach, Ampang. Menurut Ning, mereka berdua juga akan bersama-sama belajar mendalami Islam melalui bimbingan bapanya serta menghadiri kursus di Islamic Outreach. Ning akan ke England untuk bertemu keluarga Omar pada bulan Ogos ini, dan merancang untuk berkahwin pada pertengahan tahun depan.


Advertorial

e-mail myfotopages@gmail.com to contribute articles or to advertise


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net