ARTIS GLAMER
Majalah Hiburan Online Terhangat Masa Kini. Berita Terkini & Sensasi Industri Seni Serantau. Lebih 100,000 Hits Setiap Bulan.
By: Artis Glamer

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 27-Jul-2007 12:17 Email | Share | Bookmark
AWIE YAKIN ROZANA MAMPU BERI KASIH SAYANG KEPADA ANAKNYA

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
AWIE YAKIN ROZANA MAMPU BERI KASIH SAYANG KEPADA ANAKNYA
Contributed by Fariz @ Jalan Gasing, PJ.

Baru-baru ini, Awie telah memberitahu Mahkamah Tinggi Syariah di Kuantan bahawa dia tidak percaya bekas isterinya, Arni Nazira boleh menjaga kedua-dua anak perempuannya. Puteri Aleeya, 7 & Puteri Aleefa, 4 adalah merupakan anak hasil perkahwinan pertamanya. Menurutnya lagi, beliau yakin bahawa anak-anaknya akan mendapat kasih sayang yang cukup walaupun dijaga oleh ibu tiri mereka (Rozana Misbun).

Keterangan Awie adalah sebahagian dari perbicaraan bagi mendapatkan hak penjagaan kekal terhadap dua anaknya. Awie telah membuat laporan polis pada jam 2.46 pagi 13 Disember lalu setelah Arni gagal menghantar pulang anak-anaknya seperti yang dijanjikan, sekali gus melanggar perintah Mahkamah Tinggi Syariah bertarikh 11 Disember 2006. Berdasarkan perintah itu, Arni boleh menemui anaknya sekali dalam sebulan, dari jam 9 pagi hari Sabtu dan mengembalikannya sebelum jam 5 petang hari Ahad.

Awie juga menerangkan bahawa beliau telah cuba menghubungi Arni beberapa kali sebelum membuat aduan di Balai Polis Taman Melawati. Awie lebih kecewa dan semakin hilang keyakinan terhadap Arni apabila telefon bimbitnya ditutup pada malam tersebut.


Advertorial

Click here to Join Artis Glamer Fan Club!!


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net